Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Nota pena


Salam pertemuan penuh mahabbah...

Subhanallah, betapa indahnya jiwa bila di isi dengan tinta suci kalam Ilahi..Kerana begitu berbeza perasaan jika awal usia pagi tidak mengalunkan bacaan al-Quran dek kerana hambatan waktu yang menuntut kepantasan tenaga.Pernah beberapa hari saya tidak berkesempatan menjalankan rutin selepas subuh kerana perlu membuat persediaan kes pelatih.Dan cuma sempat melakukan bacaan al-mathurat sementara rakan sekerja memandu kereta ke sekolah. Betapa sukar melalui hari-hari itu dengan sedikit keresahan dihati.Malah rasa sesuatu yang kurang enak dijiwa.

Saturday, January 1, 2011

5 R ?




Tirai lama telah dilabuhkan. Kini tirai baru pula dibuka. Umpama menutup buku lama dan membuka lembaran baharu. Kenapa saya tidak mengatakan buku baru? Namun, sebaliknya lembaran baharu? Hal ini kerana hidup kita sememangnya begitu. Sebetulnya kita hanya mempunyai sebuah buku, iaitu, buka yang dibuka sebermulanya nafas kita di dunia ini.

Buku yang tidak akan tertutup hinggalah hembusan nafas yang terakhir. Sebuah buku usang yang akan menjadi penentu kehidupan kita di akhirat kelak. Buku amalan yang di catit oleh pesuruh Allah SWT iaitu Malaikat Raqib a.s dan Malaikat 'Atid a.s. Pedamping setia manusia yang disedari serta tidak disedari kehadirannya. Kadang-kadang lupa-lupa ingat tentang mereka, dek kerana nafsu menguasai hati iaitu akal sebenar manusia, seperti yang dikatakan oleh sesetengah ulamak.

Sunday, October 31, 2010

Mereka Juga Hidup


Telah beberapa hari ini saya memikirkan tentang sebuah pengisian seorang sahabat. Tuturnya bahawa kesedihan dan kegembiraan itu juga adalah makhluk. Saya sedar akan itu, cuma sering terlupa akannya. Manusia yang tak sempurna.

Itulah saya, seperti kamu juga.Saya redha hakikat ini. Sebab itulah kedudukan kita di sisiNya. Perlukan pertolongan-Nya setiap detik dalam memenuhi ketidaksempurnaan.Bahkan ia diakui pengkaji psikologi Barat, mengenai the actualizing tendency in human(Broadley,1999)

Bila berbicara tentang makhluk, bererti ia adalah tentang satu organisma yang mengalami perkembangan pertumbuhan. Samada jasad mahupun emosinya. Jika makhluk itu manusia, maka perkembangannya akan bermula didalam alam roh (rahim) hinggalah bebas merdeka sebagai khalifah di dunia.

Sunday, September 19, 2010

Mukmin asli



Jiwa mukmin dalam pandanganku adalah seperti jiwa
Salman al-Farisi
yang berzikir dan berwirid tetapi pedang telah dicabut dari sarungnya
dan diletakkan di atas ribanya,
sedangkan matanya liar melihat kalau-kalau ada musuh melintas.

Ilmu bagi mukmin perlulah luas seperti ilmu al-Ghazali.
Keberaniannya setanding Salahuddin al-Ayubi.
Strateginya seperti strategi Saiyidina Umar al-Khattab yang menumpaskan
Rom dan Parsi.

Mukmin asli bukanlah orang yang hanya diam didalam gua batu.
Tetapi ia seperti Ibnu Batutah yang menjelajah dunia.
Dan berjalan gagah seperti Saab bin Abi Waqas.
Gertaknya seperti gertak Sultan Muhammad al-Fateh,
serta
lemah lembutnya seperti lemah lembut Sayidina Uthman r.a

Itulah mukmin yang bangun berjuang
yang tidak pernah tunduk sistem Taghut
yang berjiwa besar dan penuh bertenaga
membangunkan diri dan ummah.

Friday, September 17, 2010

Pilih ceria atau kecewa?



Fa-man sya'a fal-yu'min, wa man sya'a fal-yakfur (Siapa yang mahu beriman, dipersilakan. Siapa yang mahu ingkar, pun dipersilakan) Al-Kahfi: 29

Cantik terjemahan ayat ini, pemberi jawapan terbaik kepada manusia. Cuma bergantung kepada kita sejauh mana memanfaatkannya seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dan sebagaimana yang disarankan Rasulullah.

Persoalannya. Kita nak pilih gembira atau kecewa. Kedua-duanya terletak didalam tangan. Samada mahu menggembirakan diri sendiri ataupun ,mahu terus kecewa dan derita.Cuba tengok tapak tangan masing-masing. Cuba bayangkan, terdapatnya perkataan SEDIH atau GEMBIRA pula diatas telapak tangan. Kemudian genggam erat-erat tangan dan buka ia semula. Adakah masih wujud salah satu daripada dua perkataan itu? Jika benar, masihkah perkataan gembira atau sedih? Jika gembira, maka berbahagialah. Namun, jika sedih maka rugilah.

Tetapi,biar apa pun perkataannya hakikatnya penentuan untuk memilih GEMBIRA atau SEDIH itu adalah sebenarnya yang telah ditetapkan oleh AKAL yang pemandunya adalah HATI serta NAFSU.
Sekaligus memaknakan bahawa KITA sendiri yang menetapkan apa yang berlaku kepada diri sendiri dengan keizinan Allah SWT melalui qada dan qadarnya.
"Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan sesungguhnya Allah tidak menzalimi hamba-hambaNya"
Ali-Imran : 182


Maka setiap perbuatan yang kita lakukan adalah tanggungjawab kita sendiri. Nak ceria dan suram adalah pilihan sendiri, samada bijak buat pilihan atau tidak sahaja.
Pilih untuk gembira walaupun batin dilanda penderitaan, maka terhasil lah aura positif yang melahirkan tindak tanduk bahagia dalam perbuatan dan percakapan. Sekaligus akan merangsang nur ceria kepada orang lain. Bahkan mendorong kita untuk terus tabah dalam kehidupan dan ibadah.

Tetapi jika pilih kecewa dan suram, maka aura negatif terbetuk. Wajah yang masam dan tidak bersemangat akan mematikan langkah ke arah kejayaan dan kebahagiaan. Hidup mula menjadi tidak teratur dan hilang fokus pada matlamat hidup. Hasilnya, individu bermasalah yang lesu dan beralasan.

Begitu juga berbuat baik dan berbuat buruk. Berbuat baik jalannya ke syurga dan kemenangan, kalau berbuat buruk pula jalan nya tentu ke arah kehancuran dan kebinasaan ataupun ke lorong menuju neraka. Seperti firmanNya : " Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan.(Ali-Imran:185)"

Oleh itu, semuanya bergantung kepada kita dalam merencanakan perjalanan kehidupan, dunia mahupun akhirat.. Jika kita jadikan dunia ladang ke akhirat, kita akan berusaha menuai dan bercucuk tanam 'disini' untuk mendapatkan hasilnya 'disana'. Hasilnya bahagia atau derita semuanya berada dalam minda dan akal yang telah dianugerahkan Allah. Cuma terpulang pada diri sendiri.

Berusaha ceria melalui panduanNya, al-Quran, akan menghidupkan hati dan jiwa. Bahagia dunia, iaitu ketenangan pun dapat,dan akhirat pun dapat.

Cuma tinggal mahu atau tidak.Berusaha atau tak. Dan samada berdoa atau hanya berharap.Semuanya kembali kedalam diri sendiri...

Wednesday, August 18, 2010

Cukupkah sekadar berpuasa?



Ramadhan kali ini, aku nak khatam al-Quran. Ya yakin boleh!

Dah start puasa. Hmm, kali ini aku akan bersungguh tinggalkan perkara-perkara lagho, contoh perbualan tidak berfaedah di facebook, dan menonton televisyen. Pasti boleh!
____________________________________________________________________________________

Mungkin anda pernah dengar ayat seperti diatas bukan? Tidak kiralah samada daripada mulut orang lain mahupun kata hati anda sendiri. Berazam sempena kedatangan bulan penuh barokah.

Namun sayangnya, azam ini hanyalah manifestasi kata-kata tetapi bukannya tindakan.
Pernah anda berkata aku nak buat itu, nak buat ini, dan akhirnya lain yang anda lakukan. Apa yang diperkatakan tidak sama dengan apa yang dilakukan.Sedangkan Allah sangat membenci sesiapa yang mengatakan sesuatu yang tidak dikerjakan.

Kenapa? Masih jadi begini?

Pertama sebab NAFSU yang masih menapak didalam diri.
Kedua ketulusan NIAT dan kesungguhan yang dicemari dengan maksiat.
Ketiga kekurangan kekuatan ISTIQAMAH terhadap apa yang diazamkan.

Nafsu dalam diri.Ya, musuh kita selepas syaitan. Masih bersama walaupun sahabatnya dirantai sempena ramadhan. Nafsu yang telah 'dilatih' oleh jurulatih-jurulatih neraka sebelum ini. Tidak perlu kepada bantuan mereka, NAFSU sudah berdikari sendiri walaupun rahmat Allah tidak terhijab di bulan mulia ini. Itu sebabnya kenapa kemungkaran masih berleluasa walaupun melangkah kedalam bulan pesta ibadah.

Kerana latihan sebelum ini membiasakan kita. Ghibah dan perbincangan perkara-perkara melalaikan telah menjadi rutin sebelum ini akibat godaan syaitan jurulatih terlatih yang tidak jemu mendekati dan menyesatkan manusia.Sesat dalam nafsu sendiri dan akhirnya keliru dalam melawan diri untuk memaksa hati beribadah kepadaNya...Kemudian timbul pula perasaan hairan semakin susah pula menguatkan mujahadah di waktu free dari godaan macam ini. Pelik bukan?
Sepatutnya, ramadhan adalah bulan recharge tenaga untuk sistem imuniti bagi 11 bulan yang seterusnya.

Namun, berapa ramai kah dikalangan kita menghayati pengertian puasa? Dan adakah kita
benar-benar beradab melaluinya? Sabar mendepani tugasan kuliah dan kepenatan berjalan kaki menuntut ilmu? Sedangkan Rasulullah SAW menyifatkan puasa itu adalah separuh daripada kesabaran.

Jauhkah kita daripada perkara-perkara maksiat seperti mengumpat dan mengeji yang bisa menarik sakinah dihati...

Sudahkah kita membaca dan mentadabbur alQuran dan mengalunkan zikir-zikir penguat hati menghadapi pancaroba puasa.

dan pernahkah terdetik dan terfikir hikmah dan ibrah ibadat puasa yang totalitasnya boleh diambil dari sirah nabi.. Sirah perjuangan sahabat Nabi yang tetap mampu mengangkat pedang di tanah Badar? Sedangkan kita hanya berjihad dengan pena dan minda, yang cuma membutuhkan sedikit tenaga.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu'min, dari diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh atau terbunuh , (sebagai) janji yang benar dari Allah d didalam Taurat, Injiln dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, demikian itulah kemenangan yang agung." (Surah al-Taubah :111)

Maka tepuklah dada tanya minda...Apakah NIAT mu pada awalnya...

Dan niat ..sejauh mana ketulusan NIAT dan kesungguhan kita melindunginya daripada dicemari dengan maksiat. Maksiat hati yang bersumberkan daripada Facebook, mesej telefon bimbit dan juga sumber teknologi yang lain.

Betapa mudahnya hati dimasuki jangkitan maksiat yang sukar dikesan dengan keimanan yang sering turun naik.Hal ini disebabkan pertolongan Nafsu yang membenarkan setiap tindakan yang lalai dan bertentangan syariat. Maka wujudlah self defend mechanism sebagai gunung alasan. Alasan yang menghalalkan tindak tanduk Facebook seperti berchatting,berkongsi pendapat yang mengundang persengketaan dan melihat gambar-gambar yang bukan mahram dengan niat berseronok-seronok.

Akhirnya tercemar lah Niat Ramadhan yang pada awalnya berniat untuk membersihkan diri daripada dosa-dosa. Bahkan sebaliknya tamat dengan niat yang dikotori dengan mazmummah yang melekat. Yang pastinya akan mencacatkan perjalanan mujahadah yang seterusnya.

Realiti umat yang yang penuh sifat pentingkan diri hasad dengki dan riya'..
Kesudahannya kita masuk dengan baki dosa sebanyak 56 % dan keluar dari bulan ramadhan dengan penambahan kepada 78% .. Kesan daripada 'kalah' dengan nafsu yang bertopengkan sifat diri yang rasa sukar di ubah. Sedangkan hendak menjadi umat cemerlang , perlu lah ada sikap mencabar diri sendiri dalam mengejar cinta Tuhan.

Itulah peranan ISTIQAMAH dan kekuatan Hati dalam mengkonsistenkan niat dan amal.
Perlu ada kesungguhan dalam setiap perkara. Dan bukannya melayan kelemahan diri. Misalnya untuk istiqamah iftar secara jamie dan solat tarawih di surau mahupun masjid.

Berusaha untuk melakukannya walaupun rasa letih memuncak dalam diri. Melainkan betul-betul ada kekangan yang tidak mampu dielakkan.
Begitu juga memaksimumkan gurauan dalam percakapan biarpun mulut seperti rasa tidak mampu menahan daripada pertuturan yang melucukan.

Begitu juga dengan belajar. Sukar untuk mengembalikan momentum semangat untuk mendasyatkan usaha dalam merealisasikan cita-cita mahupun harapan keluarga. Ya, kadang-kadang kita terlupa cita-cita keluarga kita terhadap kita. Cita dan angan mereka yang telah dipasang sejak kita masih kecil kaki sebesar dua telapak jari hinggalah menginjakkan kaki ke universiti. Istiqamah dalam perjuangan akademik.

Kadang-kadang kita kabur dengan kesukaran dan kesedihan yang berlaku disekeliling, dan akibatnya kita hilang arah tuju. Hakikatnya, di usia sebegini kita sudah bisa menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan keluarga kita. Kerana hendak menjadi muslim hebat memerlukan usaha kuat pada awalnya. Bukannya berusaha kelak ataupun sampai masanya. Kerana usaha dan istiqamah inilah yang akan membuahkan kemanisan pada akhirnya. Lebih-lebih jika ia berlandaskan keimanan kepada Allah SWT. Pasti nikmat itu akan berlanjutan hinggalah ke hari pertemuan denganNya.

Nah! Ramadhan ini lah masa muhasabah kembali. Bukan sahaja meneliti jadual ibadah kita. Tapi juga seluruh kehidupan kita, kerana islam itu syumul. Tempoh mengoreksi diri sendiri yang telah Allah sediakan secara khusus kepada kita. Bulan melihat apakah khabar hubungan kita dengan Allah? Dengan keluarga? Akademik? Sahabat? dan akhlak kita.

Maka bersegeralah pupuk semula kesungguhan, untuk mengoptimunkan usaha dan langsung ISTIQAMAH. Kekuatan umat islam itu bukan pada kebijaksanan sahaja tetapi kolobarasi inside strength to outside action.


Akhirnya kawal lah nafsu dan bersihkan niat untuk mengekalkan istiqamah..

Monday, August 16, 2010

Getir ??



Masih rasa getir dan gentar?
Rasa putus asa? Berseorangan di jalan ini?

Sedarlah diri, nafsu dan syaitan bisa menganggumu…
Cuba mengugah semangat dan kekuatanmu..
Melemahkan sifat istiqamah yang sering turun naik…
Gangguan yang tidak akan berakhir hingga kiamat.
Itu janji Iblis pada anak Adam…

Jadi mengapa membiarkan kelemahan itu menguasaimu?
Sedangkan hakikat terbentang di hadapan..
Walaupun sepahit mana hakikat itu, namun itulah ketetapanNya..

Tidak kah engkau diri mengenali Khaliqmu?
Al-Nur? Al-Fattah? Al-Tawwab? Al-Hadi? Al-Ghaffar…
Yang sering engkau akui tapi tidak engkau selami..
Betapa Allah itu sedia di sisimu..
Tidak pernah letih mendekatimu..
Cuma kau tidak sedari kerana kecewamu pada fitrah diri..
Sedangkan Dia lah Al-Basit, Al-Rafi’ dan Al-Adl..

Fitrah yang menjadi hujahmu itu hanyalah fatamorgana dunia..
Walhal kekuatan itu terletak di Hati yang diikat pada tali Tuhan.
Kebergantungan mu kepada Nya yang menentukan taraf
Keterikatan hati..

Terikat kejernihan hati yang lahir dari cecahnya dahi ke pangkuan Ilahi,
Serta ringannya tapak tangan diangkat kepada yang Maha Esa..
Bersama titisan air mata sesalan dosa yang tak pernah berhenti.
Cukup, berhentilah memandang persekitaranmu, teruskan ke
destinasi cinta terkahir yang pasti..

Thursday, April 15, 2010

Jangan masukkan setiap peristiwa kedalam hati.


Biarkanlah semua peristiwa yang terjadi, jangan disimpan didalam minda kita. Binalah hati seperti bunga karang yang akan menyerap semua isu dan berita bohong yang tersebar. Kerana itu akan membuat perasaan menjadi tidak tenteram serta larut dalam kebohongan. Hal ini juga akan mempengaruhi rutin harian kita...

Untuk menginginkan sebuah kehidupan yang tenang, hadapilah semua permasalahan dengan keberanian dan ketabahan. Keberanian akan bermanfaat apabila diiringi keimanan yang kukuh.. dengan keberanian dan ketabahan akan membuat kita tidak gentar menghadapi musuh yang tidak mempunyai keyakina sama sekali. Sahabat, jadilah seperti besi yang kukuh menghadapi pelbagai peristiwa, kuat menghadapi angin krisis dan tegar melawan badai.

Kerana insan yang memiliki hati yang lemah,akan mudah tersadai di laluan perjalanan kehidupan. Tersangkut dan tidak akan bergerak walaupun seinci..malahan pesan Nabi Muhammad, baginda suka akan pemuda yang kuat.

manakala,

Bak kata Wubbolding, "What has happened is over, it cant be changed. The more time we spend looking back, the more we avoid looking forward. Although the past has propelled us to the present, it does not have to determine our life future.


Oleh itu janganlah bersedih dek kerana kata-kata orang lain. Allah Maha mengetahui hambaNya.kerana Allah menjanjikan balasan kepada mereka yang membuat kebaikan mahupun kezaliman..jangan gusar, kerana janji Allah itu pasti..tidak akan terkecuali di akhirat..

cuma,

jalanilah tugas kita sebagai insan kerdil yang bernilai disisi Tuhannya.. islah nafsak...dan angkatlah telapak tangan memohon bantuan dariNYA...tetapi jangan berputus asa dengan Allah...rahmat dan kasih sayangNya tetap melangkaui batasan pemikiran sedar insan..

Oleh itu, tapis lah segala peristiwa yang terjadi dan janganlah masukkan kesemuanya ke dalam hati.. kerana hati tempat mulanya kebaikan dan kejahatan..dan qalb juga asas kepada hadirnya sinar hidayah..

Monday, April 12, 2010

Manusia suka mensiakan hikmah..


Pernah tidak, kamu mendengar keluarga, guru atau rakan baik kamu berkata, 'bersabarlah,pasti ada hikmah disebaliknya'. Terutamanya apabila kamu sedang berdepan dengan ujian kehidupan? Ini adalah nasihat yang lumrah diungkapkan.Terlalu biasa didengari. Tetapi berapa ramaikah daripada kita menggunakan sebaiknya hikmah yang telah Allah berikan? Sebaliknya, kita sering berkata sedang mencari hikmah yang tersembunyi.Sedangkan hikmah itu sudah jelas didepan mata. Cuma perlu difahami dan dikoreksi pengertiannya.

Namun kita cenderung untuk melihat hikmah disebalik dugaan dan jarangnya melalui kesenangan. Sebagai pemudah cara begini analoginya. Saya merupakan seseorang exco pelajar dan dalam masa yang sama saya juga merupakan ahli Persatuan Islam Universiti. Kemudiannya saya dijemput untuk pergi ke program seminar kewangan (atas taklifan exco pelajar) dan juga ke Majlis Ramah Mesra Persatuan Islam (majlis setahun sekali dengan menghimpunkan seluruh ahli persatuan) . Dan disebabkan amanah yang dibawa saya perlu pergi ke seminar tersebut dan terpaksa mengorbankan majlis ramah mesra itu walaupun hati saya lebih cenderung ke arah itu. Maka disebabkan 'rasa' terpaksa itu, saya pergi ke seminar dengan hati yang 'berkecamuk ' dan 'kecewa'(mungkin).Malahan, perasaan ini juga telah menyebabkan saya tidak mahu memfokuskan apa yang dibincangkan didalam seminar sebaliknya membaca buku agama yang dibawa. Akhirnya saya pulang tanpa membawa apa-apa ilmu mengenai seminar itu.

Persoalannya,'saya' disini tidak menggunakan hikmah yang Allah beri.Iaitu hikmah pergi ke seminar dan tidak pergi ke majlis ramah mesra itu.Hikmah yang Allah zahirkan dengan ilmu kewangan yang boleh diperolehi daripada seminar.Seandainya dimanfaatkan hikmah yang Allah tunjukkan sudah tentu besar pengertiannya yang boleh disumbangkan. Kerana setiap yang berlaku itu tidakklah sia-sia. Natural knowledge from God. Tetapi kita telah mensiakannya.Because, hikmah means a lesson and experience. Bagaimana cahaya hikmah ataupun pengajaran itu dapat memasuki hati kita? Mudahnya, melalui ketulusan hati yang berasaskan NIAT!Niat yang sehala denganNya pasti akan membuka ruang hidayah ke hati kita.

Itulah punca kenapa ramai pelajar masih tidak cukup diajar,sedangkan ilmu moral telah diberikan samada dirumah mahupun sekolah dari kecil hinggalah dewasa.Kerana hikmah tidak dinilai dengan mata hati.Sebaliknya ia dipandang secara realiti.

ÙˆَعَسَÙ‰ٰٓ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّواْ Ø´َÙŠۡÙ€ًٔ۬ا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ۬ Ù„َّÙƒُÙ…ۡ‌ۗ ÙˆَٱللَّÙ‡ُ ÙŠَعۡÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ۡ Ù„َا تَعۡÙ„َÙ…ُونَ....
"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" (al-baqarah 216)

Maka terimalah kesukaran memberi kekuatan sebagai hikmah, dan
kesenangan memberi kesyukuran sebagai hikmah. Dan ingat berhemahlah dengan hikmah



Saturday, March 20, 2010

Just 20 minit ja....

Makin hampir exam, semakin banyak tugasan yang perlu disiapkan...terutamanya bagi pelajar universiti.... lebih-lebih lagi tugasan berkumpulan. Begitu menekan sedikit kerana ia melibatkan urusan antara manusia dengan kertas serta manusia dengan manusia.Apabila mengatakan manusia dengan manusia, sudah pastinya akan ada sediikit konflik.. Jadi nak tak nak memang harus mendepaninya..Hal ini kerana corak pemikiran yang berbeza..Lumrah yang telah Allah jadikan sebagai asam garam kehidupan dan juga satu tarbiyah langsung dari Allah kepada manusia dalam mempelajari hakikat dan fitrah seorang hamba di muka bumi ini. Oleh itu, persoalannya, tugasan kumpulan perlu disiapkan sharp, on time supayA konflik pun akan berkurangan.. Penyelesainnya bagi diri yang sentiasa dihimpit kekangan masa adalah meluangkan 20 minit setiap hari dalam menyiapkan tugasan.."Ala kak, kalau kak luangkan 20 minit ja dalam sehari, bila berhari-hari, akhirnya siap jugak tugasan tu..Berbanding kak duk mengadap selama berjam-jam direct dalam nak perabih kan tugasan." Cadangan bernas dari Sufi rakan sekuliah..Erm...cadangan yang baik, dan boleh dipraktikkan,getus hatiku..Jadi apa lagi, jom buat assignment, just 20 minit ja...

Friday, March 19, 2010

Kenapa Jernih?

Mana satu yang okey ye?? Erm, tenang ke jernih? Susah juga hendak membuat keputusan yang mana satu lebih sesuai...keliru,keliru..tenang ka, jernih ka? Sambil asyik melihatnya,.. ilham dari Ilahi datang menerjah ruang minda..lantas tersenyum, JERNIH lah menjadi pilihan.. alhamdulillah keputusan sudah dibuat.. kini Jernih jadi peneman diri yang kadang-kadang alpa ..ketrampilan Jernih , merehatkan minda yang melihat..mungkin Jernih tidaklah secantik yang lain, tidak segak ..biasa sahaja, dan sederhana.. ciptaan Ilahi yang kadang-kadang dilupakan dek kerana kesibukan duniawi.. mungkin sukar menjadi hamba Ilahi, selalu diuji berkali-kali..begitu juga Jernih..diuji oleh keperluan pelengkap kepada tugasnya di dunia...hanya bergantung harap pada ihsan insani..tak mengapalah Jernih, janganlah kau bimbangi akan duniawi kerana ini bukanlah haqiqi namun hanya realiti yang berorientasikan fantasi..Sesungguhnya, tidaklah sia-sia segala ciptaan Allah melainkan diketahuiNya akan keupayaannya.Pasti ada yang tersirat disebalik tersurat..Tesurat oleh kehendak taqdir..Taqdir yang telah tertulis kepada setiap hidupan..Walaupun ia dikaca mata seekor Ikan yang bernama JERNIH...