Tuesday, May 28, 2013

Cerpen: Titip Musafir



“Masya’Allah , aku dah terlewat !” rasa kesal timbul di hati Muadz.

“Jika ikut perkiraan jam, sepatutnya masih sempat lagi.Terpaksalah sekali lagi bermalam di sini.” Muadz bermonolog seorang diri.

Seusai melaksanakan solat jamak takhir maghrib dan isyak’, Muadz membuka al-Quran birunya. Terasa hilang segala lenguh pada urat badannya setelah dua jam duduk di dalam penerbangan. Firman-Nya seolah-olah memberi sentuhan air sesejuk  air sungai di Kampung Rosok.

Segar ingatan Muadz terhadap kenangan kesejukan suasana kampung itu. Rata-rata penghuninya merupakan penganut beragama Kristian . Kenangan mengikuti tamrin di situ membuka hati Muadz secara spiritual dan fizikal.  Tidak semua ahli gerakan Islam mampu mengikuti tarbiyah fizikal yang melibatkan kerahan tenaga serta situasi yang menekan emosi.

“Kesusahan sesuatu keadaan akan mendidik dua unsur utama dalam diri manusia. Nafsu dan akal. Nafsu dalam menjatuhkan ego, rasa bangga diri dan kemarahan. Kesulitan yang dihadapi pula akan mentarbiyah akal dalam membuat keputusan. Tidak terburu-buru dan dipengaruhi emosi.Ini semua adalah tarbiyah langsung dalam membentuk ahli gerakan Islam yang kuat dan berpendirian utuh dalam memegang syariat serta terus bermujahadah dalam mengikuti akhlak Rasulullah SAW.” Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Taib semasa slot ceramahnya di dalam tamrin itu.

“Alhamdulillah. Tarbiyah dalam jamaah Islam memberi kekuatan dalaman kepadaku dalam meneruskan dakwah.” Bisik Muadz di dalam hati.

Muadz kemudiannya memakai kasut dan berjalan keluar ke kawasan menunggu di persekitaran Hentian Setia. Setelah menemui tempat duduk yang sesuai, iaitu jauh dari kesibukan manusia. Muadz melabuhkan punggungnya dan menyandarkan badannya yang keletihan. Terasa sedikit suram dan kelam kedudukan tempat yang di ambilnya.

“Tak mengapalah,janji selesa.” Getus hatinya.

Setelah tiba dari Tanah Borneo dan kemudiannya terus bergegas ke  Hentian Setia, benar-benar memeritkan kakinya. Lenguh dan kepenatan.

Muadz kemudian mengeluarkan buku yang sentiasa menjadi penemannya. Walaupun jerih tenaga di rasakan, tapi pabila membuka buku kesukaannya, pasti mata Muadz akan menjadi luas dan bercahaya semula.

Sehelai demi sehelai Muadz membuka nukilan penulis buku yang di gemarinya. Sedang asyik Muadz menyelami bait-bait ilmu di dalam buku itu, tiba-tiba melintas satu bayangan di hadapannya.

Muadz sedar tetapi  tidak mengendahkannya. Namun, sekali lagi bayangan hitam itu melintas sepantas kilat. Kali ini, Muadz meletakkan bukunya. Rasa marah dan sedikit terkejut dengan gangguan daripada makhluk yang tak di undang itu. Muadz melihat jam di tangannya. Jam hampir menunjukkan pukul 3.30 pagi.
Muadz mengangkat kepala dan memandang sekelilingya. Hanya dia berseorangan di situ.

“Ah, mainan perasaan ja ni.” Muadz menggosok matanya.
Baru sahaja tangan di letakkan ke bawah ,terasa satu hembusan kuat di leher Muadz.

“Astagafirullah.Memang dah melampau!” jerit hati Muadz.

Namun, belum sempat Muadz berbuat apa-apa. Badannya terasa seperti di tarik ke atas dan terapung. Mulut Muadz seolah-seolah di kunci. Hinggakan kalimat suci al-Quran tidak terlafaz di bibirnya. Bahkan, kaki dan tangannya seperti terikat kuat oleh sesuatu kuasa yang tidak di ketahuinya. Hanya mata Muadz meliar kanan dan kiri. Kosong pandangan alam sekeliling. Gayanya seperti di dalam gua  yang gelap.

Muadz diam dan terus menenangkan dirinya.Kali ini hanya hati Muadz yang berbicara.

Perlahan Muadz mengalunkan surah al-Fatihah, kemudian di ikuti surah an-Nas, al-Falaq, al-Ikhlas dan juga ayatul Kursi. Langkah pertama darinya, menggunakan  ayat al-Quran sebagai bentengan diri.

Seperti firman-Nya, bermaksud : “ Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” Al-Isra’: 82.

Muadz tahu, terdapat satu kuasa ghaib yang cuba menguasainya.

Kemudian muncul satu suara yang pelik di telinga Muadz.

“Gusti Allah kula nyuwun ngapura.Gusti Allah kula nyuwun ngapura.Sakathahing dosa kula, dosa alit kalawan dosa ageng. mBoten wonten ingkang saget ngapura. mBoten wonten ingkang saget ngapura. Sakabehing dosa kula. Kajawi namung paduka.”

Kedengaran Jawa bunyinya.

“Masya’Allah, kali ini apa pula.” Kata hati Muadz tatkala menghadapi gangguan itu.

“Itu adalah selawat Jamjaneng dalam bahasa Jawa, yang bermaksud ,‘ O Ya Allah hamba mohon ampun, O Ya Allah hamba mohon ampun. Seluruh dosa-dosa saya, dosa yang kecil dan yang besar. Tidak ada yang dapat mengampuni . Tidak ada yang dapat mengampuni . Seluruh dosa saya. Kecuali hanya Allah.” Sekali lagi suara itu bergema memenuhi corong telinga Muadz.

Cahaya yang gelap kemudiannya menjadi terang. Seperti sedang berdiri di bawah bulan purnama yang cahayanya hanya samar-samar bayangan di permukaan air.

Tidak jauh dari Muadz, kelihatan sebuah sosok tubuh sedang melangkah ke arahnya.

Kelihatan wajah seorang lelaki yang berbalut serban hitam, aba yang membalut tubuh sasa serba putih. Ada keris tersisip di pinggang sementara janggutnya kerinting memutih dan panjang hingga melepasi dada. Lagaknya seperti wali Allah. Berserban hitam bukat sebagai tanda seorang keturunan sayyid.Malahan sekeliling wajahnya bagaikan ada cahaya yang menerangi.

“ Jangan gusar hai anak muda. Kedatanganku bertujuan baik.” Wajah itu kemudiannya bersuara.

Kelihatan tenang sahaja wajah dan senyumannya.

Muadz tahu dirinya tidak perlu terlalu takut. Kerana, di hadapannya kini juga merupakan makhluk Allah SWT.

Makhluk yang di ciptakan daripada api itu kian mendekat.

Seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Maksudnya : “Dan Dia ( Allah ) menciptakan jin daripada nyalaan api.”ar-Rahman : 15

Dan juga,
“Dan Kami ( Allah ) menciptakan jin sebelum ( Adam ) dari api yang sangat panas.” Al-Hijr : 27.

“Dengan lafaz taawudz, Muadz kemudian menyoal.

“Siapakah kamu dan untuk tujuan apakah kamu kemari wahai makhluk Allah.”
Muadz kemudiannya bersuara. Manakala di dalam hatinya, terusan berzikir memohon perlindungan daripada Allah SWT.

“Aku kemari bukan kerana ingin menganggu tempoh istirahat kamu wahai anak muda.”

“Hanyalah satu persinggahan bagi menyampaikan peringatan kepada kaum mu.”
Muadz berasa sedikit kehairanan.

“Jika itu adalah kebaikan dari ketentuan-Nya bagi pertemuan ini, aku sudi mendengarnya.
Muadz mula memberi perhatian terhadap perkara yang hendak disampaikn oleh lelaki yang gayanya seperti wali Allah itu.

“ Setelah sekian alam aku memerhatikanmu anak muda. Tatkala keruncingan duniamu yang semakin dipenuhi kejahilan dan kemaksiatan, aku ke mari dalam menyampaikan peringatan.”

“Ajaklah ahli keluarga, rakan dan juga manusia yang lain dalam meninggalkan kemungkaran. Hedonisme yang keterlaluan telah melemahkan wajah Islam kaum mu. Suntikan keseronokan dunia yang membaluti hati hingga gelap melihat cahaya kebaikan.” Lelaki serba hitam itu kemudiannya terdiam.

Manakala Muadz  sedikit tersenyum kerana tidak menyangka butir bicara jin itu yang gayanya seperti 
manusia di zamannya.

“ Ramai rakan mudamu telah terbuai dengan rasa seronok hidup dan kurang menggemari sumber ilmu seperti kuliah ilmu dan kitab.”

“Ahli keluarga sekelilingmu pula lebih mementingkan harta berbanding hubunga kekeluargaan. Keretakan hubungan terus berleluasa dan menyukarkan pembentukan keluarga beriman.”

‘’Sang penguasa dan pemimpinmu leka dengan nikmat kuasa serta harta milik masyarakat yang dibawah pimpanannya. Kemewahan telah menyekat hati mereka untuk menguruskan pentadbiran selayak khalifah warisan Islam. Tidak ingatkah kamu terhadap lantikan manusia dibumi ini adalah sebagai khalifah dalam mentadbir demi keunggulan islam?”

Semakin menaik gaya suara lelaki itu.

Getaran hati Muadz kian terasa.

Terlihat sedikit riak keseriusan dan kekecewaan pada wajah mkhluk itu.

Barangkali sedih dalam memikirkan umat zaman ini.

“Kembali semula kepada ayat-ayatNya dan insafi balasanNya kelak.”

FirmanNya dalam anNisa ayat 56, bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka di dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan ingatlah sesuangguhnya Allah adalah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Makhluk itu kemudiannya meletakkan tangannya di dada Muadz.

Muadz sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu kerana tidak menyangka akan disentuh sedemikian.

“Disini sumber kekuatan mu. Jagalah dan suburkannya dengan kalamullah serta jauhi yang dilarangNya. Kerana dosa itu akan menambah kegelapan dipermukaannya sehingga mengaburi kebaikan dihadapanmu.”
“Telah terlalu lama aku disini. Sudah sampai masanya aku mengundurkan diri. “

Muadz kemudiannya bersuara.

“Terdapat persoalan terhadapmu.”

Lelaki itu tersenyum dan berkata.

“Persoalan hanya terjawab dengan ilmu., Teruskan usahamu mencari ilmu dan engkau akan ketemu jawapan kepada persoalan itu.”

“Moga Allah memberi hidayah hingga akhirnya. Assalammualaikum wahai umat Muhammad.”
Sekelip mata lelaki itu hilang dari pandangan Muadz. Belum habis lagi bicaranya terhadap lelaki itu.

Kemudian, Muadz merasakan badannya semakin berat.

Akhirnya Muadz kembali sedar dengan keadaan sekelilingnya. Kelihatan terdapat beberapa orang yang sedang tidur di bangku hentian bas itu.

Muadz termenung sejenak dalam memikirkan pertemuan aneh tadi.

Kelihatannya seperti sebuah mimpi dan fantasi.

Muadz kemudiannya bangun dan menuju ke surau berhampiran. Seusai mengambil wuduk, Muadz mendirikan solat tahajud.

Di akhirnya sujudnya, Muadz memohon keampunan atas segala kesalahannya sebagai seorang manusia biasa.

Terasa kerdilnya diri pabila diberi peringatan oleh makhluk Allah yang bergelar jin itu. 

Ternyata masih banyak lagi tugasnya dalam menyampaikan cahaya kebenaran Islam kepada masyarakat.

Muadz terus berzikir dan menelaah kitab Allah.

Semakin segar jiwanya untuk meneruskan perjuangan.

“Tidak ada masa untuk berpatah balik. Ya Allah, permudahkan usahaku dalam memperbaiki diriku dan manusia di sisiku.Amin ya Rabb.”

Muadz kemudiannya memakai kasut dan meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

1 comment:

Unknown said...

В разделе, который вы сейчас просматриваете, собраны самые лучшие Секс в Киеве с проститутками Аня хочет сдать молодое и податливое тело звоните! Отвечаю сама. ... нет ничего более ужасного, чем одиночество среди людей...