Saturday, July 25, 2009

Halatuju blog...


Salam kemaafan kepada sahabat-sahabiah kerana suda lama tidak mengupdate blog ini...
Pada awal hati dan tangan berbicara dan bersatu dalam menggerakkan medan dakwah melalui blog, tujuannya cumalah ingin membantu menyampaikan maklumat mengenai kebenaran Islam...
Benarlah kata syair Arab, dakwah itu luasnya umpama ladang tanaman yang sering ada harinya ditimpa hujan mahupun panas terik..Kadang-kadang tanaman itu segar seperti haruman zaitun dan kadang-kadang juga ia layu kerana kegersangan gurun yang panas mengcengkam..Semakin hebat menempuh arus dalam menggerakkan gerakan, semakin terasa amanah yang dibawa dan juga semakin hebatnya Tuan punya Dunia menguji kekuatan langkahan kaki..tidak kiralah samada langkahan seiring mahupun sejalan..
Langkahan mesti diteruskan kerana fitrah kehidupan memang begitu..telah Allah tetapkan bahawa sesuatu permulaan itu pasti adanya pengakhiran..Alhamdulillah, pada ketika meletakkan satu persatu kaki dalam bertatih,berjalan dan berlari, hikmah telah ditemui..Tidak perlu berbicara tentang perjuangan kerana Hidup Ini Terdiri daripada EPISOD-EPISOD PERJUANGAN..
Insya'Allah, hikmah yang ditemui memberi dorongan dalam memperkukuhkan halatuju blog ini..Bukanlah seperti yang dinukilkan seorang sahabat, menaip sesuatu yang telah sedia ada..Walaupun hakikatnya menghasilkan sesuatu yang kreatif dan kritis itu sebenarnya memerlukan 4P,iaitu Pendengaran, Pemerhatian, Pembacaan dan Pemahaman yang teliti dan berkesan..