Wednesday, December 30, 2009

Tips


Buku ini antara buku kecil yang menarik untuk dibeli..Ana beli buku ni semasa WEHDAH di USIM baru-baru ni. Buku ini dihasilkan oleh penulis, Dr Imad Ali Abdus Sami Husin, Jurusan Dakwah dan Thsaqofah Islamiyah Universiti Al-Azhar...Uniknya buku ni, pertama sebab ia sudah dicetak sebanyak 17 keluaran iaitu bermula dari tahun 2006 lagi. Keunikan yang kedua pula, ia diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Aduh, enggak apa, suda bisa omong indon kok...

Alhamdulillah, oleh kerana masih dalam kelompok melayu serumpun, penyampaian pengisian di dalam buku ini masih dapat difahami dengan baik..Namun, apa yang hendak ditekankan disini, ialah perkara yang menyumbang kepada kemunculan buku ni.. Secara nyatanya, ia adalah kerana kekecewaan penulis kepada pemuda yang kini sudah jarang memenuhi masjid dan surau untuk solat berjamaah Subuh dan Isya'.Ia adalah kenyataan kritikal yang kian dilupakan akibat hambatan masa yang mengejar pemuda-pemudi kini. Malahan buku ini ditulis dengan gaya berbicara dengan pembacanya, supaya dapat menyeru pemuda (khususnya untuk akhi muslim) untuk menumbuhkan rasa optimis untuk istiqamah melakukan ketaatan dalam melaksanakan solat subuh berjamaah.Allah SWT dalam firmanNya,
"Dan (dirikanlah pula solat)Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat )) (Al-Isra' 17:78)

Malah Rasullullah SAW juga pernah bersabda,
"Berilah kabar gembira bagi orang-orang yang berjalan dikegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya yang sempurna pada hari kiamat," Riwayat Abu Daud (561)dan Tarmidzi (223)

Antara isi kandungan buku ini ialah kelebihan solat subuh, tips untuk memelihara solat subuh secara konsisten, hukum-hukum penting yang berkait rapat dengan solat subuh dan satu bahagian persoalan yang bertajuk, "wanita salaf tekun melaksanakan solat subuh,dimanakah kaum lelaki kita?".

Bahkan kajian serta komentar yang terdapat dalam buku ini tidak perlulah dipersoal kerana ia telah dilengkapi dalil-dalil tepat beserta hujah dan sumber yang diyakini sah.Walaubagaimanapun, kehadiran buku ini hanyalah semata-mata untuk menyedarkan kita, tentang penyakit umat akhir zaman, yang semakin meninggalkan solat berjamaah khasnya pada solat subuh dan isya'.Sedangkan solat itu adalah pengukur kepada amal perbuatan kita, jika ia baik maka semua amalan seorang hamba akan baik pula. Sebaliknya, jika solatnya rosak, seluruh amalan perbuatan juga akan rosak. Bahkan Nabi Muhammad juga menghukumi dimana baginda bersabda,
" Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya' dan Subuh."
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Musnad (II/424), di sahihkan oleh Al-Albani dalam Shohihu I-Jami' no 133)

Malahan solat berjamaah dapat mengukuhkan kekuatan masyarakat islam yang sebenarnya amat ditakuti oleh musuh-musuh islam. Oleh itu, marilah sama-sama kembali mengimarahkan surau-surau dan masjid yang sedia ada kerana disitulah akan lahirnya ummah yang berkualiti.. Untuk menjadi ummah berkualiti yang konsisten menjaga solat subuhnya, maka cubalah tips-tips ini.
1. Tidur lebih awal
2. Niat yang tulus serta tekad yang kuat sebelum tidur
3. Bersungguh-sungguh membaca dzikir serta mengambil wuduk sebelum tidur
4. Berzikir selepas bangun daripada tidur
5. Meminta bantuan ahli keluarga atau rakan sebilik untuk mengejutkan
daripada tidur
6. Menggunakan alat yang boleh membangunkan seperti jam loceng
7. Tidak terlalu banyak makan sebelum tidur
8. Tidur Qoilulah di siang hari
9. Memercikkan air ke wajah orang yang tidur
10. Menyalakan lampu bilik untuk membangunkan
11. Tekad kuat untuk bangun
12. Mempratikkan sunnah berbaring iaitu berbaring di atas tubuh sebelah
kanan
13. Membantu diri denga membuat ketaatan kepada Allah SWT di siang hari.

Tuesday, December 29, 2009

Berilah semampunya..



Bila mana ada pertemuan disitu juga perpisahan akan menyusul… Dua hakikat ini satu kolebrasi yang tercipta pada wujudnya sebuah perhubungan yang dibentuk oleh Allah SWT. Hakikat yang berterusan senantiasa sepanjang kehidupan,sehinggalah Pertemuan sebenar dengan Maha Pencipta di akhirat kelak. Kadang-kadang yang di depan mata tidak terasa kehilangan kerana kebiasaan kehadirannya, tetapi pabila hilang dari pandangan mata, kebiasaan itu menjadi kejanggalan. Baru terasa kekurangannya diri MEMBERI kepada yang dituntut haknya. Hak seorang rakan antaranya…Bila difikir semula, jika hak seorang rakan pun tidak mampu dipenuhi sebaiknya, ini kan pula hak kita sebagai seorang Hamba pada Penciptanya. Begitu kerdil terasa diri, kerdil kerana ketidakmampuan diri.

Namun, biarpun ketidakmampuan menyaluti diri, jangan biarkan ia membatasi diri kerana bukan hamba yang menuntut haknya, tetapi Allah SWT yang menetapkan haknya dengan syurga sebagai maharnya.. Oleh itu memberilah semampu mungkin,..

Wednesday, December 9, 2009

_ _ _ _ _ _ _ _ _ muda ??




Bukan pencoret terbaik, tapi sekadar melorekkan ilmu terbaik. Alhamdulillah, seusai konvensyen pendakwah di USIM, kaki melangkah dua langkah kehadapan, terasa seperti berada di tahun 2012, gamaknya. Kenapa? Sebab cabaran dakwah itu tidak semudah seperti menggalas beg laptop dibahu mahupun menolak beg pakaian di terminal LCCT.
Dahulu, perkataan dakwah terasa asing. Nak sebut pun rasa layakkah? Rasa bertauliahkah? Tetapi realitinya, itu hanya mainan syaitan yang menjanjikan untuk menyesatkan manusia. Dakwah memang tergalas langsung ke bahu setiap muslim. Tak dapat lari mahupun mengelakkannya. Bahkan hambatan masa kini, mendesak pendakwah kehadapan. Terutamanya pendakwah muda yang digelar oleh Ummi Ros (Pengarah Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah) sebagai “Warga berlian”. Berlian yang sebagaimana? Gred A atau Gred B? Hanya anda bisa menjawabnya.

Meluangkan masa hadir ke konvensyen ini membuka dimensi baru pemikiran terhadap tugas sebagai daie, pelajar, anak dan juga hamba Ilahi. Tajdid pemikiran berdasarkan original islam. Ternyata generasi muda menjana transformasi ummah benar memberi impak outside dan inside dogma pemahaman. Resolusi yang terhasil juga seia sekata dengan tujuan asal penubuhan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia yang berpusat di USIM, iaitu menyatukan penggerak islam disamping menggumpul idea bernas dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap kesyumulan islam sekaligus mengkaderkan generasi pendakwah muda yang bijaksana uslub dakwah dalam menjulang Islam di dunia asing.Corak masyarakat yang melabel pendakwah sebagai terasing perlu diubah. Bukan lagi terasing dari masyarakt tetapi masyarakat akan terasing tanpanya.



Transormasinya? Mudah sahaja, tetapi tidak semudah menyarungkan cincin ke jari. Jangan mengalah sebelum melangkah. Sudah melangkah jangan gentar untuk jatuh. Sekiranya jatuh, percepatkan langkah bangun semula. Eh, jangan lupa senyum dahulu. Kemudian check iman, ilmu dan amal. Jika tercalar , segeralah ubati ia supaya sembuh. Calar akan meninggalkan parut yang berbekas. Parut pula rakan terbaik dalam mengingatkan kita terhadap langkah yang tersadung tadi. Namun, sedang ia sembuh jangan pula berhenti. Kerana, penjajahan bumi Palestin tidak akan terhenti, globalisasi dan sekutunya (liberalisme, sekularlisme, hedonisme, etc) tetap menerobos minda generasi Gen Y, malahan musuh-musuh Islam terus menerus merencana ideologi dan perancangan untuk menjatuhkan umat Muhammad.

Erm, masih berjalan bukan? Sambil mengubati luka, perlajukan langkah, optimumkan mau’izah hasanah diri, serta pimpin rakan yang lain. Andai tidak mampu memimpin sejalan, fikir dahulu dimana titik persamaan supaya tetap berjalan dilorong yang sama.

Jadi pendakwah muda, tetapkan tapak langkahan, naikkan speed ilmu dan amal serta jangan mudah tewas cubaan. Masih berfikir? Atau tertanya-tanya, siapakah pendakwah muda? Andalah, yang sedang memandang skrin computer ni. Ya, andalah pendakwah muda! Walaupun apa jua saiz tudung mahupun baju anda, anda tetap tidak terkecuali untuk membawa Islam. Kerana apa yang terzahir pada lahiriah anda yang bergelar muslim, itulah overall view yang akan diterima pakai oleh orang disekeliling anada mengenai “Apaka ertinya Islam” tu sendiri. Dare to face it? Jomlah….