Tuesday, September 1, 2009

classical conditioning

Salam, post ini sepatutnya di keluarkan semasa isu ini hangat dibincangkan,,tetapi akibat beberapa kekangan ia lambat dikeluarkan..Ape pun lambat atau cepat bukan persoalan, yang menjadi persoalan apakah persoalan yang terdapat dalam isu ini.

Pandangan mata, sifatnya menipu,
Pandangan akal (fikiran) pula boleh keliru,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan yang paling tepat dan hakiki ialah
Pandangan Mata Hati…
Maka celikkanlah MATA HATI..


“Kalau saya, bagus jugak FFM ni kak, dapat menaikkan nama UMS”… Tersenyum ana mendengar pendapat adik ni..Pendapat daripada salah seorang ahli jamaah muslimat yang masih istiqamah dengan solat subuh berjamaah di surau kampong E..Tak terlintas sebenarnya ana nak bincang tentang isu FFM time tue.. Sebab pada mulanya kami bercerita tentang populasi anjing ganas yang kian bertambah di kampong E. Itupun timbul selepas pertanyaan seorang junior kepada ana tentang ‘keselamatan’ ana berjalan kaki ke surau semasa subuh. Tak diserang anjing ke? Alhamdulillah setakat ni masih ‘dilindungi’, ringkas jawapan ana.Sebenarnya, ana pun seriau , kot-kot terserempak dengan kumpulan anjing yang heboh diperkatakan keganasannya.

Itu isu anjing ganas, di kampong E, konfom impaknya hanyalah kepada penduduk E sahaja. Kemudian adik yang seorang lagi pula tanya ana tentang FFM yang akan berlangsung di UMS kelak. “Kak, macam mana UMS boleh anjurkan FFM ni kak?” Ana pun jawab, sudah semestinya ia bakal berlangsung atas anjuran atau bayaran kerajaan negeri (dibawah kelolaan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) kepada UMS, yang menterinya adalah anak jati Sabah iaitu Datuk Shafie Apdal. Jumlah bayaran , sudah tentulah lumayan. Maka disebabkan itu lah UMS ‘mampu’ untuk menganjurkannya.Soal adik ni lagi, bahawa universiti adalah tempat menuntut ilmu dan bukanlah tempat kepada acara yang berbentuk hiburan. Ternyata adik ni begitu jelas tentang ketidakrelevanan penganjuran FFM di sini. Impaknya, pasti mencalarkan maruah institusi pengajian tinggi sebagai pusat lahirnya para cendiakawan serta ahli khidmat masyarakat profesional. Tapi hakikatnya ia dah berlaku sebelum ni di universiti ‘senama’ dengan UMS,iaitu USM…Cuma terkalih ja hurufnya..

Kemudian ana beralih kepada adik yang pada awalnya menyokong penganjuran FFM di UMS. Diam membisu, hanya kerdipan mata tanda tidak faham kenapa perlu menolak FFM daripada dijalankan di UMS. Maka disinilah baru keluarnya cerita tentang anjing Pavlov. Apa kaitan anjing ganas kampong E dengan anjing Pavlov dan juga FFM?
Yang penting Pavlov tu bukan nama yang ana beri kepada anjing ganas dikampong E.

Pavlov atau Ivan Pavlov adalah nama kepada seorang ahli fisiologi daripada Rusia. Kalau anjing dikampong E menyumbangkan keganasannya kepada masyarakat kampong E, sebaliknya pula sumbangan anjing Pavlov yang menyebabkan Ivan mendapat anugerah Nobel Prize iaitu kajian mengenai bagaimana daya tindakan seekor anjing yang mengeluarkan air liur sebaik sahaja mendengar bunyi loceng kerana menyangka bunyi tersebut adalah makanan. Namun, untuk membuatkan anjing Pavlov berfikir bunyi tersebut adalah makanan memerlukan satu proses pembelajaran yang dikenali sebagai classical conditioning (pelaziman klasik) iaitu “a learning process in which an organism's behavior becomes dependent on the occurrence of a stimulus in its environment”.Proses ini dapat difahami melalui proses dibawah post ini..

Jika anjing Pavlov mengeluarkan air liur yang banyak kerana menyangka bunyi tersebut adalah makanan disebabkan proses latihan yang diulang, begitu lah juga bagaimana cara ‘idealogi’ hiburan diterapkan dalam minda masyarakat khususnya mahasiswa. Hal ini disebabkan ‘didikan’ daripada persekitaran kita terutamanya ‘tok guru’ moden iaitu media massa yang mampu merubah pemikiran individu. Kononnya hiburan berbentuk ilimiah. Malahan filem juga dikatakan bahan ilmiah yang penuh kesenian. Memang kita tidak nafikan sesetengah filem mempamerkan nilai-nilai murni dan etika ketimuran.. Tetapi hanya sesetengah bukan semuanya. Antara filem yang tercalon dalam Anugerah FFM menampilkan nilai-nilai negatif yang tidak sepatutnya sampai kepada masyarakat, antaranya Anak Halal..

Akhirnya akibat daripada “kebiasaan” ini lah mahasiswa menjadi “biasa” dengan kebebasan hiburan di universiti.. Jangan kerana Fakulti Seni yang Setitik habis Budaya Ilmu sekampus..