Thursday, June 30, 2011

Cerpen : Milky Chocolate


Atiyyah terasa begitu keletihan, setelah seharian ke kuliah. Hari Selasa seperti biasa,jadual kuliahnya begitu padat sekali.Akhirnya, di penghujung hari, mukanya akan kelihatan pucat kerana kepenatan.Lebih-lebih lagi pula Atiyyah sedang berada dalam tahun akhir di universiti.Begitu banyak tugasan yang menuntut pengorbanan dan kekuatan dalam usahanya sebagai seorang pelajar yang bakal bergelar graduan.



"Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga ke asrama." Getus hati Atiyyah.

Segera Atiyah melangkah ke kafe di kolej kediamannya untuk meninjau-ninjau menu makan malamnya pada hari tersebut.

Sedang khusyuk, Atiyyah memesan makanan, tiba-tiba bahunya dicuit oleh seseorang.

"Assalammualaikum, kak Atiyyah."

"Waalaikummussalam wbt.Eh, Husna rupanya. Akak ingatkan siapalah tadi."

Terus kedua-duanya bersalaman antara satu sama lain.

Kemudian kedua-duanya berjalan beriringan menuju ke sebuah meja yang berhampiran.

Sambil membetulkan kerusi dihadapannya, Husna duduk berhadapan Atiyyah.

"Husna, dah pesan makanan?" Tanya Atiyyah kepada Husna.

"Oh.Dah lama Husna pesan kak." kata Husna sambil tersenyum.

"Baguslah macam itu. Erm. Husna boleh tunggu sekejap? Akak nak pergi order milky chocolate di gerai hujung sana tu boleh?"

"Kalau macam tu,biar saya tengokkan beg kak Atiyyah."ujar Husna ringkas.

"Em. Syukran ye dik." Segera Atiyyah bergegas ke gerai itu untuk memesan air kegemarannya.

Begitulah cara yang sering Atiyyah lakukan dalam memberi reward terhadap dirinya sebagai satu bentuk positive reinforcement setelah berusaha membuat sesuatu.

Bagi Atiyyah,setelah menyelesaikan beberapa urusan penting pada hari itu, selayaknya dia memperoleh sesuatu yang dapat menggembirakannya, biarpun hanya segelas milky chocolate.Usaha mudah dalam membantu meningkatkan motivasi dirinya untuk lebih berusaha kelak.

Biarpun milky chocolate tersebut adalah air kegemaran Atiyyah, tetapi tidak selalu Atiyyah membelinya. Hal ini disebabkan harganya lebih mahal daripada air biasa dan kurang sesuai dengan budget Atiyyah sebagai seorang pelajar.

Sekali sekala baginya adalah dibolehkan. Asalkan tidak berlebihan dan membazir.

Setelah mendapatkan air kegemarannya, Atiyyah segera berjalan ke meja Husna yang ditinggalkan sebentar lagi.

"Maaf ye, akak lambat sikit."tegur Atiyyah kepada Husna.

"Tak apa kak. Jadi kak Atiyyah dah beli airnya?" Tanya Husna kepada Atiyyah.

"Alhamdulillah.Ini airnya." Sambil mengangkat tangannya yang sedang memegang air tersebut.

"Eh.Bukan ke sebelum ini, kak Atiyyah selalu beli milky chocolate yang di corner berhampiran tangga tu. Dahulu akak cakap yang itu lebih sedap kan berbanding air yang dijual di gerai sana." Berkerut muka Husna, penuh persoalan.

Husna tahu kegemaran Atiyyah terhadap milky chocolate itu. Apabila Atiyyah memilih untuk membeli air yang kurang sedap itu menjadi satu kehairanan buat dirinya.

"Wah.Dah berkerut dahi tu".Atiyyah bersuara dengan nada gurauan, tanda memahami persoalan yang terbuku dihati Husna.

"Kenapa kak Atiyyah tak membeli air di tempat yang selalu akak beli tu?"terus Husna bertanya kepada Atiyyah.

"Erm. Tak de lah Husna. Akak cuma kurang berkenan dengan style abang yang jual air tu ja."balas Atiyyah.

Kemudian, Atiyyah menyambung lagi." Lagipun, cuba Husna tengok penampilan orang yang menjual milky yang sedap tu.Rambutnya berwarna perang, kemudian bertindik telinga dan bertatu. Manakala, baju yang sering dipakai olehnya agak rock sedikit dan berlambang."kata Atiyyah.

"Tapi kak pernah pesan dengan Husna, tak baik kita berburuk sangka dengan orang lain,kerana penampilannya." balas Husna perlahan.

Atiyyah tersenyum.Benar, dia masih ingat pesanannya terhadap Husna dahulu.Mengenai buruk sangka terhadap orang lain.Seperti firman-Nya dalam surah al-Hujurat:12, "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa."

Betapa buruk sangka itu mengundang kepada persengketaan dan pergaduhan. Kawan bisa menjadi lawan. Ukhuwah bisa rapuh. Persaudaraan bisa runtuh.
Senyuman yang bisa terukir juga akan menjadi kabur bila bertemu dan hasanah menjadi amarah.

Itulah prasangka yang menjadi senjata syaitan dalam menyukarkan kesatuan persaudaraan seagama.Natijah buruk yang merugikan Islam.
Sambil mengukir senyuman Atiyyah meneruskan kata-katanya.

“Iya, Husna. Alhamdulillah Husna masih ingat apa yang dikongsikan waktu usrah dahulu. Dimana berbezanya pandangan seseorang berdasarkan keadaan batinnya. Seperti yang pernah di ungkapkan didalam penulisan Said Hawwa di dalam Keadah Tazkiyatun Nafs dari Intisari Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali,yang bermaksud mata keredhaan adalah buta terhadap setiap aib, tetapi mata kebenciaan menampakkan segala keburukan.”

“Adalah wajib menghindari prasangka buruk. Namun ada bezanya.Prasangka mu’min ialah bertujuan mencari kepada sesuatu sedangkan orang munafiq akan mencari kekurangan. Begitulah juga dalam hal ini.”

Atiyyah berhenti sekejap sambil menyedut minuman milky chocolate dan menyambung semula.

“ Maha Suci Allah. Hanya Dia yang lebih layak dalam menilai baik atau buruknya hati seorang manusia. Adalah terbatas pandangan kita dalam menembusi relung sebenar hati manusia yang lain.Itu realiti kelemahan kita. Apa yang kak Atiyyah lihat adalah hanya pandangan mata kasar seorang manusia yang hanya berusaha menyucikan hatinya. Makanan adalah antara asas kepada pembinaan hati. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneliti setiap sumber makanan yang diperolehi.”

“Maksud akak hal ini berkaitan dengan sumber makanan dan hati?” balas Husna

Atiyyah mengiyakan sambil menganggukkan kepalanya.

“Apabila berbincang mengenai makanan, ternyata begitu besar tugas kita dalam memastikan sumbernya adalah halal dan bersih. Cuma selalunya usaha kita begitu terbatas disebabkan kekangan waktu dan juga desakan kemampuan pasaran yang sedia ada. Itu belum melihat lagi kepada bagaimana proses penghasilan makanan yang menjadi keperluan kita seharian. Dari mana sumbernya dan bagaimana keadaan orang yang membuat makanan tersebut. Adakah dia mengamalkan proses secara Islam? Solatkah dia ataupun adakah dia orang yang bermaksiat kepada Allah? Dan bagaimana pula kebersihan hatinya?” Atiyyah berhenti sebentar dan terus menyambung bicaranya.

“Jika kita melihat kepada persoalan ini, ternyata ia begitu rumit dan menyukarkan kita bukan?” Soal Atiyyah.

“Benar kak. Begitu complicated sedikit.” Pantas Husna menjawab.

“Em.Biarpun sukar tetapi kita perlu berusaha bukan? Kita tidak mampu memeriksa kebersihan semua makanan yang sering kita gunakan. Namun kita masih mampu menilainya berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan melalui pemerhatian mata hati yang terkawal dengan syariatNya. Tetapi ia berkecuali bagi makanan ataupun produk yang telah jelas keharamannya dan melibatkan perkara syubhah. Itu wajib dihindari.Begitu juga dalam hal ini. Penampilan seseorang menunjukkan keperibadiannya. Ini point mudah bagi kita. “

“Dan apabila melihat kepada kedua-dua gerai yang menjual milky chocolate ini, ternyata yang nampak ketara kriteria yang boleh menjadi hujah untuk kita memilih minuman yang terbaik adalah melalui penampilan dan pewartakan si penjualnya,selain melihat kebersihan makanannya dan punca sumbernya. Masalahnya, sering menjadi prioriti kita dalam memilih makanan adalah berdasarkan kesedapan dan kualitinya semata-mata. Manakala faktor lain ditolak ketepi.Alasannya yang penting sedap dan mengenyangkan.”Atiyyah kemudiannya berhenti.
Mindanya masih ligat berfikir.

“Perumpamannya seperti hendak membeli dua jenis produk biskut yang berbeza. Kebiasaannya kita akan menilai sesuatu produk berdasarkan luarannya dahulu bukan? Terutamanya bungkusannya samada ia berkualiti atau tidak. Kemudian baru kita melihat kepada kandungan bahan ramuan produk tersebut. Dan akhirnya membuat pilihan jenama biskut yang ingin dibeli. Lebih-lebih lagi jika iklan promosi dan tarikan biskut itu sering kita dengar dan lihat. Maka bertambah lagi kecenderungan untuk membelinya. Tetapi ada juga sesetengah orang lebih suka kepada mutu dan kualiti sesuatu makanan berbanding daya tarikan fizikal makanan tersebut. Namun jarang jika ia diambil sebagai langkah pertama dalam menilai sesuatu produk,bukan?’’ lantas Atiyyah menyoal Husna.

Husna menganggukkan kepala sambil mengangkat keningnya yang tebal itu sebagai tanda setuju kepada contoh yang diberikan oleh kakak usrahnya itu.

“Hati dan penampilan serta makanan. Kombinasi yang berbeza tapi berkaitan. Betapa kita perlu memahami perkaitannya dalam peranan ia didalam kehidupan ini.” Ulas Husna secara ringkas.

“Ya,Husna. Ingatkan hadis popular yang berkaitan dengan hati?” Atiyyah menyambung pertanyaannya.

Husna mengangguk lalu menyambung kata-kata Atiyyah.

“Sabda Rasulullah SAW, "Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ia baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruk amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati." riwayat Muslim.

“Alhamdulillah. Berdasarkan hadis ini Husna, apabila menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat pada peringkat pertamanya daripada tindak tanduknya. Ertinya, apabila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ia dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai. Adapun baik pada peringkat kedua adalah sama ada hatinya bertujuan kerana ALLAH atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.Iaitu, apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu sifat luaran itu menggambarkan apa yang ada di dalam hati seseorang itu.Jadi dalam hal ini juga menggambarkan personaliti dan penampilan seseorang itu juga bisa mempamerkan isi dan kebersihan hatinya.” Jelas Atiyyah sekali lagi.

“Maksudnya kak, pembersihan hati bukan sahaja semata-mata bergantung kepada amal ibadat kita seperti solat. Tetapi juga dalam pemilihan makanan dan persekitaran kita lah kan? Soal Husna sekali lagi.

“Tepat Husna.Mencakupi keseluruhan kehidupan kita. Selagi mana kita menjadikan Islam sebagai cara hidup. Dan ini hanyalah usaha kecil dalam kita menjaga hati kita, sebenarnya. Semata-mata redho Allah SWT.” Atiyyah tersenyum, sambil mengenggam tangan Husna.

“Betul tu kak. Insya’Allah, selagi menepati syariatNya.” Jawap Husna, begitu bersemangat.

Tiba-tiba mereka berdua terdengar loceng dimeja cafe berbunyi.

“Jom Husna. Makanan kita dah siap. Selepas ini kita jumpa di surau ya. Lagipun hari ini, kuliah maghrib kita berjalan seperti biasa.” Ajak Atiyyah.

“Baik kak. Jumpa nanti di majlis taman-taman syurga ya.”

Sambil berjalan bersama-sama, akhirnya Atiyyah dan Husna berpisah di simpang blok asrama Mawar, menuju ke bilik masing-masing.

Perkongsian jiwa yang menenangkan hati Husna dan Atiyyah. Terasa semakin eratnya ukhuwah pabila sama-sama berfikir dan berbincang mengenai Islam.Indahnya ilmu-Mu ya Allah..

No comments: