Monday, June 15, 2009

Kasih Ku..


Salam episod perjuangan...
Sedikit perkongsian bagaimana hati mu yang sentiasa ingin mendekati kasih Ku..

1. Mempunyai rasa suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan...Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang
melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi....


Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan
dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang
pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat
untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi
wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada
penyaksian. Hadis riwayat Ubadah bin Shamit ra.: Bahwa Nabi saw. bersabda: "Barang
siapa menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan
dengannya, dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka
Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya" [Sahih Muslim : 4844 ]



"Katakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah ,ikutilah aku ,niscaya Allah
mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ".( Q.S; Ali-Imran : 31 ).


2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah
berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan
kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat
malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan
sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang
menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka
yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: ? mereka
mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa
keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding
dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri?.



3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah.
Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana
itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran
kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada
Rasulullah.

4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah,
sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud,
menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan
yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang
dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual
itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka
bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??

5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih
hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya.
Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan
juga taubat.

6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau
kepenatan. Kata al-Junaid: ?Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan
aktiviti. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah?.

7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh
Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: ?Orang-orang
tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka?. Tidak menjejaskan
mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka
kepada kemurkaan Allah.

8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang
menyangka takut itu betentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah
memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami
keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada
beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih
dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut
menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang
telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w
ertinya: ?Hud telah memutihkan kepalaku? . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah
s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud? ?Alangkah
jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud?.

Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya
itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan
masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.

Saudaraku? adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan
fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak langkah
Nabi s.a.w. jadilah orang yang bermanafaat untuk orang lain. Sertai mereka di
dalam kehidupan mereka. Ziarahi mereka. Belanjakan untuk mereka. Berikan khidmat
untuk mereka. Isikanlah hajat dan keperluan mereka. Masukkanlah kegembiraan
dalam hati mereka.

Lakukanlah semua ini, nescaya Allah akan memanggil Jibril untuk memberitahu
bahawa Dia mengasihi dirimu.