Wednesday, December 9, 2009

_ _ _ _ _ _ _ _ _ muda ??




Bukan pencoret terbaik, tapi sekadar melorekkan ilmu terbaik. Alhamdulillah, seusai konvensyen pendakwah di USIM, kaki melangkah dua langkah kehadapan, terasa seperti berada di tahun 2012, gamaknya. Kenapa? Sebab cabaran dakwah itu tidak semudah seperti menggalas beg laptop dibahu mahupun menolak beg pakaian di terminal LCCT.
Dahulu, perkataan dakwah terasa asing. Nak sebut pun rasa layakkah? Rasa bertauliahkah? Tetapi realitinya, itu hanya mainan syaitan yang menjanjikan untuk menyesatkan manusia. Dakwah memang tergalas langsung ke bahu setiap muslim. Tak dapat lari mahupun mengelakkannya. Bahkan hambatan masa kini, mendesak pendakwah kehadapan. Terutamanya pendakwah muda yang digelar oleh Ummi Ros (Pengarah Pusat Bimbingan Raudhatus Sakinah) sebagai “Warga berlian”. Berlian yang sebagaimana? Gred A atau Gred B? Hanya anda bisa menjawabnya.

Meluangkan masa hadir ke konvensyen ini membuka dimensi baru pemikiran terhadap tugas sebagai daie, pelajar, anak dan juga hamba Ilahi. Tajdid pemikiran berdasarkan original islam. Ternyata generasi muda menjana transformasi ummah benar memberi impak outside dan inside dogma pemahaman. Resolusi yang terhasil juga seia sekata dengan tujuan asal penubuhan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia yang berpusat di USIM, iaitu menyatukan penggerak islam disamping menggumpul idea bernas dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap kesyumulan islam sekaligus mengkaderkan generasi pendakwah muda yang bijaksana uslub dakwah dalam menjulang Islam di dunia asing.Corak masyarakat yang melabel pendakwah sebagai terasing perlu diubah. Bukan lagi terasing dari masyarakt tetapi masyarakat akan terasing tanpanya.



Transormasinya? Mudah sahaja, tetapi tidak semudah menyarungkan cincin ke jari. Jangan mengalah sebelum melangkah. Sudah melangkah jangan gentar untuk jatuh. Sekiranya jatuh, percepatkan langkah bangun semula. Eh, jangan lupa senyum dahulu. Kemudian check iman, ilmu dan amal. Jika tercalar , segeralah ubati ia supaya sembuh. Calar akan meninggalkan parut yang berbekas. Parut pula rakan terbaik dalam mengingatkan kita terhadap langkah yang tersadung tadi. Namun, sedang ia sembuh jangan pula berhenti. Kerana, penjajahan bumi Palestin tidak akan terhenti, globalisasi dan sekutunya (liberalisme, sekularlisme, hedonisme, etc) tetap menerobos minda generasi Gen Y, malahan musuh-musuh Islam terus menerus merencana ideologi dan perancangan untuk menjatuhkan umat Muhammad.

Erm, masih berjalan bukan? Sambil mengubati luka, perlajukan langkah, optimumkan mau’izah hasanah diri, serta pimpin rakan yang lain. Andai tidak mampu memimpin sejalan, fikir dahulu dimana titik persamaan supaya tetap berjalan dilorong yang sama.

Jadi pendakwah muda, tetapkan tapak langkahan, naikkan speed ilmu dan amal serta jangan mudah tewas cubaan. Masih berfikir? Atau tertanya-tanya, siapakah pendakwah muda? Andalah, yang sedang memandang skrin computer ni. Ya, andalah pendakwah muda! Walaupun apa jua saiz tudung mahupun baju anda, anda tetap tidak terkecuali untuk membawa Islam. Kerana apa yang terzahir pada lahiriah anda yang bergelar muslim, itulah overall view yang akan diterima pakai oleh orang disekeliling anada mengenai “Apaka ertinya Islam” tu sendiri. Dare to face it? Jomlah….

No comments: