Tuesday, April 27, 2010

Cerpen : Lentur Hati


“Abi, hari ini jam berapa abi datang?”
“Macam biasa jam 5 ya.” Sayup suara abi di hujung talian.
Abi, sentiasa sibuk dengan tugasnya. Rutin hidupku bersama abi.


“Oh ya Safiyah. Ayah kamu bekerja berdekatan di sini kan? Jadi, apa alasan kukuh kamu untuk menetap di asrama? Pertama kali bertentang mata dengan warden SMK Seri Suria, Pak Rahman. Gerun rasanya.

Cikgu Rahman ataupun Pak Rahman begitu terkenal di sekolah asrama harian itu kerana kegarangannya dalam menguruskan pelajar yang menetap di asrama.

“Er, cikgu, boleh baca dalam surat ini ya.” Bergegas aku lari dari pertanyaan Pak Rahman.

Terkial-kial Pak Rahman membuka sampul surat yang diberi oleh Safiyah.

“Apalah budak nih. Baru ja tanya dah lari pulak.” Getus hati Pak Rahman.

“Kelayakan cukup. Akademik pun baik. Sebab terakhir, belum mempunyai tempat tinggal tetap dan tiada orang untuk menjaga urusan kehidupan seharian setelah kematian keluarga terdekat. Pak Rahman mengetuk kepalanya. Baru teringat tentang bencana yang menimpa keluarga Safiyah tiga bulan lepas.

Satu sekolah heboh dengan berita tersebut, tetapi Safiyah pula lagaknya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pelik rasanya bagi budak perempuan yang baru berumur tiga belas tahun. Tanpa berfikir panjang, Pak Rahman menulis “ diterima masuk asrama “dihujung kertas permohonan tersebut.

Maka, bermulalah kehidupan Safiyah sebagai pelajar asrama. Pabila tiba hujung minggu, abi akan datang mengambilnya di asrama.

Safiyah, anak gadis biasa, sederhana dan tidak mempunyai impian yang tinggi dalam hidupnya. Baginya, apa yang ada pada dirinya, itulah dia seadanya. Berwajah manis, tiada keistimewaan yang unik. Cukuplah abinya disisi.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Safiyah, bawa bantal ini masuk sekali. Selalu sangat tidur didalam kereta, sakit badan abi.”

“ Baik abi.”
Safiyah tahu, abi tidak sihat.
Siang malam bekerja, makan minum tidak terjaga.

Selepas ,makan malam di kantin tempat abi bekerja, Safiyah mengambil bantal dan kain untuk membuat hamparan tidur di penjuru surau.

Sudah hampir empat bulan, di surau itulah tempat tidur abi dan Safiyah.

Dan telah berlalu empat bulan juga mereka kehilangan insan tersayang..
Kebakaran yang tidak disangka-sangka telah mengorbankan rumah, ibu Safiyah dan dua orang adiknya, Umar dan Fatimah.

Perit untuk diingati. Cuma apa yang Safiyah tahu, Allah sedang mengujinya dan abi.
Abi pula sentiasa tersenyum tatkala sedih mahupun gembira.

Abi selalu berkata, Allah akan menguji manusia bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan hambaNya.

Apalah yang aku faham maksud iman dan takwa. Fikir Safiyah. Sering bermain-main diminda tentang iman dan takwa yang dimaksudkan abi.

“Safiyah ! Oh, Safiyah” Sergah Husna, sahabat baiknya.

“Ya, kenapa Husna?”

“ Itulah asyik mengelamun saja.””Erm, Cikgu Asma nak jumpa selepas rehat nanti, dibilik kaunseling tau. Pergi ya.”

“Insya’Allah.” Safiyah tersenyum. Sudah berminggu-minggu Cikgu Asma mencarinya.

Tetapi disebabkan kekangan masa daripada Cikgu Asma menyebabkan mereka belum berkesempatan untuk berjumpa.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Assalammua’alaikum”. Perlahan pintu ditolak.

“Waalaikummussalam.Apa khabar Safiyah? Masuklah.” Tenang wajah Cikgu Asma mengalukan kedatangan Safiyah.

“Hari ini Safiyah nampak ceria .” kata cikgu lagi.

Aku tersenyum,kerana tahu tujuan Cikgu Asma memanggilku. Sesi kaunseling pun bermula.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


“Cikgu, kenapa apabila Allah bagi ujian pada kita, kita akan berasa selalu dekat dengan Allah cikgu?” tiba-tiba Safiyah bersuara.

“Sebab Allah turunkan hidayah bersama ujian. Hidayah adalah anugerah Allah untuk hambaNya yang terpilih. Hidayah inilah yang akan membuka hati manusia untuk kembali kepada Tuhan, kepada Allah.

“Hidayah?” Macam pernah dengar perkataan ini. Lantas muncul wajah Hidayah, rakan sekelasnya yang peramah dan suka berhias itu. Lucu pula.

Tetapi hidayah yang dimaksudkan Cikgu Asma berbeza, dari Hidayah yang ini.
“Iman, takwa dan hidayah.” Term baru lagi.

Cikgu Asma tahu, perbualan yang terlalu berat untuk dirungkaikan.

“Beginilah Safiyah. Cikgu buat satu cerita. Cerita ini mengenai hidayah, dan cabutan bertuah .”

“Cabutan bertuah cikgu?” Tanya Safiyah kehairanan.

“Ya. Ceritanya macam ini. Pada suatu hari, cikgu pergi ke majlis makan malam yang dianjurkan sekolah untuk semua guru. Kemudian, pada akhir majlis , majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah. Kemudian dengan izin Allah nama cikgu terpilih sebagai pemenang hadiah cabutan bertuah pertama iaitu sebuah kereta. Dengan perasaan gembira dan tidak disangka-sangka, malam itu cikgu pulang dengan sebuah kereta mewah.”

“Faham setakat ini?” soal cikgu Asma

Aku mengangguk tanda faham.

Kemudian cikgu Asma menyambung lagi.

“Begitu juga hidayah.Maksudnya disini, kereta mewah itu umpama hidayah,majlis makan malam dan sesi cabutan bertuah itu adalah asbabnya .Manakala nama cikgu terpilih pada malam itu kerana di atas kemahuan dan kehendak Allah, serta hanya guru terpilih sahaja akan dapat.Seterusnya, jika cikgu tidak pergi ke majlis tersebut maka cikgu tidak berpeluang untuk memenangi kereta tersebut.”

“ Sama juga ertinya ujian dan hidayah. Ujian hidup adalah asbab turunnya hidayah Allah. Majlis dan cabutan bertuah adalah asbab dapatnya kereta. “

“Perasaan gembira menang kereta pula sama dengan persaan bahagia dan tenang yang diperolehi setelah dapatnya hidayah. Iaitu rasa dekatnya dengan Tuhan.”
Khusyuk dan patuh Safiyah mendengar penerangan Cikgu Asma.

“Jadi sebagai hamba kita patut rasa bersyukur apabila kita dipilih dan diberi hidayah oleh Allah melalui ujian hidup. Malahan, kita juga mesti berusaha untuk meningkatkan ibadah supaya hidayah yang dikurniakan tidak diambil semula oleh Allah. Seperti cikgu dapat kereta tadi, selepas itu cikgu juga melakukan servis dan mencuci kereta tersebut supaya sentiasa dalam keadaan baik dan tidak rosak.”

“Jadi, saya ni bertuahlah kan cikgu? Sebab telah mendapat hidayah!” kelihatan gigi Safiyah yang putih itu.

Cikgu Asma rasa tersentuh dan hanya menganggukkan wajahnya sebagai tanda bersetuju.

“Terlalu besar ujianMu Ya Allah kepadanya.” Perlahan suara hati Cikgu Asma berbicara.

“Baiklahh cikgu. Saya dah faham.Tetapi sebelum masuk ke kelas, apa maksudnya asbab cikgu?Hee..”

“Oh! Asbab itu boleh dikatakan seperti sebab dan punca kepada sesuatu perkara.”

Sambil menepuk dahi, Cikgu Asma terlupa. Terlalu tinggi gaya bahasa yang digunakannya sebentar tadi.

Safiyah, gadis remaja yang baru mengenal erti suka duka kehidupan. Belum faham tentang ‘ayat-ayat’ kehidupan.

Seusai bersalaman dengan Safiyah.

Hati Cikgu Asma berkata-kata lagi.

“ Hebatnya takdir Allah dalam menguji hambaNya. Gadis sekecil itu diuji dengan hidayah Qadrisiyah, iaitu hidayah yang diberikan kepada insan terpilih melalui kesedaran tentang kebenaran berdasarkan dugaan hidup. Beruntungnya dirimu Safiyah.”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Term ketiga bulan ini. Hidayah.”

Catit Safiyah didalam buku usangya itu.
Buku murah yang mengandungi pengalaman besar hidupnya.

No comments: