Tuesday, December 30, 2008

"Nenek tunggal vs Ibu tunggal "

(sekadar gambar hiasan)
Salam pembuka episod baru 1430 Hijrah.. tatkala diri sibuk menguruskan diri untuk sem baru ni..teringat plak pd "diskusi" ringan dgn seorang mak cik (bagi umur ana kra tahap makcik la).. time tu naik feri on d way balik ke KK dari labuan,sempena Program Remaja Islam anjuran PSS & diuruskan oleh sahabt2 di labuan..yela,, dalam hidup ni perlukan pembicaraan dalam menafsir individu len..pada asalnya, ana bukan nak mulakan bicara, cuma sekadar menjeling pada adik yang duduk kt sebelah ana.. rayuan mata utk terus tidur terhenti seketika kerana kegembiraan adik sebelah ana ni bermain..tapi ngantuk punya pasal,,ana abaikan je gelak tawa adik ni... beberapa tika kemudian ana terbangun,, eh senyap je..rupa-rupanye adik sebelah ni dah tidur.. khusyuk betol dia tidur.. ana tersenyum sendirian..time dia tidur ana plak da tak ble tido.. ana pun tenung-tenung la adik ni,, kt sebelah dia (kerusi paling ujung) ada seorang mak cik..sebenarnya kalau kira agakan separa sedar ana mak cik ni segenerasi dengan nenek ana la..
sebagai pengenalan mak cik Dayang ni orang Tenom,,datang ke labuan sempena jalan-jalan bawak cucu..mak cik Dayang datang dengan rombongan yang dikira besar jugakla.sempat jugak ana liat-liat orang dibahagian hadapan( time mak cik Dayang m'introduce" keluarganya).. meriah...
Mulanya, kami cuma bersembang tentang isu-isu "semasa" yang hangat pada bulan Disember ni (walimatul urus)..sebagaimana penerimaan perkahwinan orang sabah dengan orang semenanjung (berite gembira bagi yang bercadang nak berkahwin dengan orang sabah atau sebaliknya)..mak cik Dayang, bilang " mak cik ndak kisah ba, asalkan urangnya baik,menghormati orang tua kemudian da pekerjaan yang bagus" lebih kurang begitu la ungkapannya..malahan mak cik Dayang ada 2 orang menantu yang dari smenanjung..(alhamdulillah semua anaknya dah selesai) Ternyata cara perkahwinan budaya sabah terasimilasi dalam budaya masyarakat semenanjung, begitu juga di semenanjung..maksud ana bukan dari sudut baju pengantin atau pengisian walimah itu sendiri, tetapi dari skop masa majlis akad nikah dengan hari kenduri..kira sama jak kita..
TETAPI itu bukan cerita utama ana...ini baru mukaddimah.. "NENEK TUNGGAL vs IBU TUNGGAL"hal ini yang ingin ana kupaskan ..makcik Dayang ini boleh dianggap sebagai nenek tunggal kerana beliau menjaga seorang cucunya iaitu yang duduk sebelah ana.. Nurul Eliza namanya..hampir-hampir sama bunyinya dengan nama ana...satu kebetulan..Adik Nurul ni baru berumur 5 tahun, merupakan anak sulung kepada anak lelaki bongsu mak cik Dayang yang dah meninggal dunia dalam kemalangan beberapa tahun yang lepas.. namun Adik Nurul ni masih ada ibunya (orang sandakan), tetapi ibunya suda berkahwin lain (dengan orang semenanjung ) dan mempunyai seorang ana serta kini menetap di Tenom.. Hakikatnya Adik Nurul ni tinggal bersama-sama neneknya di kampung Cenderamata ( sesiapa yang tahu ejaan nama kampung ni, kalu salah, harap betolkan ya)..bahkan Adik Nurul menggelar neneknya sebagai MAMA..Gelaran yang sepatutnya digunakan oleh seorang anak kepada insan yang melahirkannya.
Dalam pemikiran ana ”budaya” ini da lama terjadi..tidak kiralah di bahagian mana pelusuk bumi Malaysia... tetapi berape kerat kah kita yang mengambil kisah tentang hal ni? Wujud ke ”Persatuan Nenek Tunggal” ataupun ”Persatuan Datuk Tunggal”...yang biasa kita dengar adalah ”Persatuan Ibu Tunggal” ..adakah kebajikan ’Nenek Tunggal” ini terjaga seperti ” Ibu Tunggal” ?..mungkin ada dan mungkin juga tidak..bahkan ada juga yang menafsirkan memberi kasih sayang sudah memadai walaupun dari bukan orang yang sepatutnya..siapalah yang mengerti perasaan yang bermain di minda Adik Nurul.. Jasa ibu memang tak dapat dibalas, begitu juga ayah.. jika ayah & ibu, insya’Allah masih sempat untuk berbakti kepada mereka..namun jasa nenek? dan peranan kita pada golongan ini?
Disaat sepatutnya mak cik Dayang berehat dari ’rancangan’ kehidupan , disaat ini jugalah ia berusaha tenaga demi mendidik Adik Nurul..betapa luasnya kasih sayang mak cik Dayang hanya dapat ana tafsirkan melalui pandangan mata & ciuman yang diberikan oleh mak cik Dayang kepada cucunya..hanya satu sahaja doa mak cik Dayang, iaitu harapan supaya Nurul Eliza kelak berjaya dalam kehidupan.. malahan masuk tahun baru ni , mak cik Dayang dah menyediakan pelbagai plan untuk menyekolahkan Adik Nurul ke prasekolah...kemudian menghantarnya ke kelas mengaji..bahkan, mak cik Dayang bilang, hari-hari yang seterusnya akan terisi dengan kesibukan menjaga dan mendidik cucu yang satu ni.. Sesungguhnya mak cik Dayang adalah Perancang yang dirancang oleh ALLAH SWT..Menjadi ibu tunggal juga tiada salahnya..sesungguhnya syurga itu terletak ditelapak kaki ibu.. yang menjadi kesalahan, apabila kebajikan dan keperluan anak-anak diabaikan..Tidak semua ibu tunggal yang mengabaikan anaknya dan tidak semua juga nenek menjadi nenek tunggal..
Membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab bersepadu,,perlukan semua peranan ahli dalam institusi kekeluargaan.. Seperti hadis Rasulullah saw, ” Cukuplah seseorang itu dikira berdosa, apabila ia membiarkan orang dibwah jagaannya (tiada nafkah)”Peranan kita juga besar dalam hal ini.. kerana kita juga mahasiswa yang memegang title anak, adik, abang, kakak, malahan mungkin sudah bergelar ayah & ibu, ataupun suami & isteri...bahkan kita sendiri akan menyertai masyarakat yang berada diluar.. Untuk menjadi golongan yang tidak bersikap zalim pada anak-anak perlukan EPISOD PERTARBIYAHAN yang panjang iaitu bermula pada awal usia , kerana peribadi yang baik ketika muda akan melahirkan generasi yang berakhlak mulia & berketrampilan MUSLIM SEJATI.. oleh itu, ayuh mulakan episod 1430 Hijrah ini dengan permulaan kepada episod pertarbiyahan diri.. Tarbiyah diri demi kemasahalatan UMAT & PENDOKONG akan datang..insya’Allah..Buat mak cik Dayang dan Adik Nurul, ana doakan kebahagiaan & rahmat Allah sentiasa menemani bersama dalam memenuhi ranjau kehidupan..AMIN...

1 comment:

Anonymous said...

Assalammualaikum, saya seronok membaca catatan saudari, dan saya harap saudari tidak marah kalau saya copy paste sedikit artikal dari blok saudari ini. tq.