12 Rabiul Awal telah berlalu pergi..terfikir sejenak tentang kisah perjuangan Nabi junjungan.. kalau nak dibandingkan dengan perjuangan yang sedang dilalui ini nilaiannya hanyalah sekecil cuma.. masih banyak kekurangan dan kelompangan... betapa kerdilnya diri ini... memang jauh sekali dibandingkan dengan pejuang-pejuang wanita dalam mempertahankan Islam... Saiyidatina Siti khadijah penawar duka Baginda..Fatimah Az-zahra puteri kesayangan peneman suka dan duka Baginda seawal usianya 5 tahun lagi... ketabahan Yakubid sepanjang perpisahan dengan Nabi Musa as.. Kesetiaan Umamah dalam menggantikan tempat isteri kesayangan Saidina Ali diwaktu usia yang begitu kecil...
Terfikir lagi....
Apakah sumbanganku kepada islam..sejauhmanakah keyakinanku kepada pembawa berita tentang hari akhirat,syurga dan neraka ini..berapa banyak sunahnya yang telah ditegakkan?
Ya Rasulullah,
Bagaimana hatimu wahai Rasul ketika kau berkata," Jangan kau seksa penduduk Taif, kerana aku mengharap dari sulbi mereka akan lahir keturunan beriman.." (ketika menjawab permintaan malaikat untuk mengazab penduduk Taif yang mendustai dan melukakannya dengan lontaran batu)
Bagaimana hatimu wahai Nabi ketika kau berkata, " Hari ini aku maafkan kamu semua wahai penduduk Makkkah. Kamu semua adalah saudaraku..." (ketika pembebasan kota Makkah dan memberi pengampunan beramai-ramai kepada orang yang pernah mengejek, menyeksa dan ingin membunuhnya dahulu.)
Bagaimana hatimu wahai kekasih Allah ketika kau berkata, "Ummati, ummati..." (ketika hampir menemui ajal sedang Siti Aisyah kesayanganmu dan anggota keluarga lain berada disisi sedangkan mulutmu tetap mengingati kami...umatmu!)
Bagaimana hatimu Ya Rasulullah...
Tidak terjangkau oleh hati kami yang berdosa ini...tak mungkin, tak mungkin ada lagi hati yang sesuci begitu...
hati yang kotor ini cuma mampu merintih.
berikanlahku ya Allah, hati yang mampu berharap untuk dapat mencintai....hati yang seperti itu!..
No comments:
Post a Comment