Apakah yang anda nampak daripada Yayasan Sabah ke IP?
Kelas Etika & Akhlak kali ni seperti biasa. Diskusi semasa kuliah memang menjadi kegemaran pensyarah bagi mengasah daya pemikiran mahasiswa. Pada mulanya kelas ni bukanlah menjadi "favourite" ana. Sebabnya ana sendiri pun belum faham apakah sebenarnya Etika & Akhlak ni? Namun, disebalik perkara yang buruk mahupun yang baik itu ada butir hikmah yang diperolehi...walaupun da nak dekat dengan final exam..
Kelainan yang dibawa oleh Dr. Tarmizi terhadap kepekaan mahasiswa terhadap pengamalan etika & akhlak menarik perhatian ana. Mungkin istilah-istilah bombastik dan idealogi Barat menjadi sandaran kepada perjalanan kuliah ini dan kadang kala ia mengjengkelkan ana sendiri. Namun, keupayaan untuk membawa kepada celik akal terhadap isu realistik yang berlaku disekeliling kita tampak menjadi.
Medan diskusi dibuka. Seorang demi seorang rakan sekuliah menjana minda mengeluarkan pendapat. Antaranya:
a)Terdapatnya pelbagai pembangunan dan kemudahan seperti Mini Putrajaya, Alamesra, 1Borneo(sudah pasti disebut)dan seterusnya pekan kecil IP.
b) Adanya traffic light dan banyak roundabout di sepanjang jalan ke IP.
c) Pemusnahan alam sekitar akibat pembangunan seperti penimbusan paya akibat pembangunan.
Ana juga mengambil peluang untuk memberi pandangan. Apa yang ana nampak dari Yayasan Sabah ke IP ialah ianya bermula daripada satu titik permulaan iaitu peranan UMS menjadi pusat ilmu yang akhirnya membawa kepada perkembangan pesat pembangunan petempatan dan kemudahan. Tetapi itu semua masih tidak menjawap persoalan yang cuba ditimbulkan oleh Dr. Tarmizi. Ana pun masih lagi berfikir. Apakah disebalik tersurat ada tersirat? dan apakah yang disebalik tersirat ada yang tersembunyi dan lebih tersembunyi?? Persoalan yang ditimbulkan oleh Dr. baik untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritikal.
Tapi tak tercapai akal ana, apakah main point yang Dr. cuba sampaikan untuk merungkaikan rungkaian yang telah terungkai. Sebabnya hakikat manusia suka menilai sesuatu pada lahiriah sahaja.
Akhirnya Dr.Tarmizi memberi jawapan. Apa yang ada sepanjang daripada Yayasan Sabah ke IP ( walaupun Dr. sering tersasul menyebut Yayasan Pahang) ialah PENIPUAN, PEMBOHONGAN, KEPURA-PURAAN dan KESEDIHAN... Adakah pembangunan yang berada disepanjang jalan ini benar-benar membantu manusia ke arah kebaikan? Kemudahan yang sedia ada didirikan diatas kesedihan dan penderitaan penduduk setempat..Kewujudan 1Borneo misalnya, adakah ia membantu menjana minda penduduk dan khususnya pelajar UMS kepada akhlak yang terbaik? ataupun ke arah keruntuhan moral?
Tambah Dr. lagi,kewujudan apartmen-apartmen mewah di sekitar Alamesra dan Sulaman yang masih dalam pembinaan (lambang beberapa ekor kuda emas, yang boleh dilihat semasa perjalanan ke IP),pastikah ia membawa kesan positif kepada ekonomi setempat??.. benarkah golongan yang mampu membeli mahupun menyewa apartmen yang bernilai RM 600,000 itu adalah merupakan penduduk Sabah?
Itulah kenyataannya, kemajuan pembangunan yang membawa kepada 'kemusnahan' masyarakat sendiri... Terpulang pada diri kita untuk membuat penilaian.. tetapi disini ana cuma nak pertikaikan atau mempersoalkan dalam konteks mahasiswa ..adakah UMS benar-benar berfungsi sebagai pemangkin mahasiswa minda kelas pertama? mahasiswa yang berani bersuara demi kemashalatan masyarakat? Namun yang berlaku di pusat ilmu ini adalah melahirkan mahasiswa penghibur kelas pertama dan juga mahasiswa tidak pedulisme..yang ada cuma mahasiswa mengejar sehelai kertas yang beberapa ringgit jak harganya... Jadi ini dipulangkan kepada diri masing-masing termasuklah ana sendiri untuk berfikir serta menghayatinya, kerana ana pun seorang mahasiswa.. wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment