Tuesday, December 23, 2008

Perjuangan berlalu episod ke episod kehidupan..

Salam Perjuangan...
kepada semua sahabat yang "memblogger" & "berblogger"..

Episod perjuangan sebagai wadah permulaan bicara.. Jika TELENOVELA dan SLOT SAMARINDA & AKASIA begitu terkenal dengan lambakan episod yang menjadi penantian penonton drama, kehidupan & perjuangan juga ditafsirkan begitu.. kehidupan adalah satu perjuangan.. dalam kehidupan terdapatnya EPISOD PERJUANGAN. Setiap detik kehidupan berlalu, setiap saat jugalah kita berhempas pulas dalam perjuangan..Perjuangan diertikan dengan pelbagai makna, pengisian dan juga pemahaman.. Ironinya PERJUANGAN itu bergantung kepada diri yang membicarakannya.. Bahkan perjuangan itu terlalu sukar untuk dilafazkan.. membicarakannya sungguh mudah,.. tetapi menyatakan diri adalah pejuang,ia sesuatu yang hati sindri pun tak dapat nak mengiakan.. lebih-lebih lagi dalam saff memperjuangkan islam. begitu banyak kelompangan diri yang masih dalam pembinaan struktur islami sebenar..jika ikutkan kata hati ni, nak penuhkan dulu ilmu didada baru jadi mujahidah yang sebenar..bak kata orang kedah, " pi mengaji bagi abieh lu "..
Namun realitinya tidak begitu.. masa berlalu bersama ketidaksediaan hati.. jadi sampai bila baru kita benar - benar bersedia? Setahun? 2 tahun? 10 tahun ka?
Selagi masa berputar selagi itulah kita perlu menyiapkan diri ..kerana mati tak menunggu sesaat pun.. Abu Dzar Al-Ghifari menukilkan, " Dunia ini hanya ada 3 saat, 1 saat yang telah lewat, 1 saat yang sedang kau alami dan 1 saat yang engkau belum tahu sampai atau tidak.Oleh itu engkau sebenarnya ada 1 saat sahaja kerana maut itu datang dari saat ke saat".. terutamanya,pada ketika minda celik memilih islam sebagai perjuangan..perjuangan menegakkan syiar islam.. layakkah diri ini menyertai setiap EPISOD PERJUANGAN ini..hanya Allah swt lebih mengetahui...yang penting, langkahan kaki mesti diteruskan ! dan syariat islam mesti DIJULANG...

1 comment:

Anonymous said...

awal pertetemuan sorng pjuang dalm manfaatkan teknlogi berdakwah...iya bnar, dakwah wjib disampaikan dalm keadaan sedia ataupun tdak, kerana syurga dan neraka jua menanti penghuninya sama ada sedia atupun tidak...