Friday, June 24, 2011

Nota pena


Salam pertemuan penuh mahabbah...

Subhanallah, betapa indahnya jiwa bila di isi dengan tinta suci kalam Ilahi..Kerana begitu berbeza perasaan jika awal usia pagi tidak mengalunkan bacaan al-Quran dek kerana hambatan waktu yang menuntut kepantasan tenaga.Pernah beberapa hari saya tidak berkesempatan menjalankan rutin selepas subuh kerana perlu membuat persediaan kes pelatih.Dan cuma sempat melakukan bacaan al-mathurat sementara rakan sekerja memandu kereta ke sekolah. Betapa sukar melalui hari-hari itu dengan sedikit keresahan dihati.Malah rasa sesuatu yang kurang enak dijiwa.

Sekembali daripada kerja, saya memperuntukkan masa untuk melihat semula pengurusan masa dan memikirkan perubahan rutin yang berlaku.Setelah berfikir,begitu mudah terjawab. Penyelesaiannya, permulaan subuh! Saya akui, akhir-akhir ini bebanan kerja kian bertambah ekoran fasa isu pelatih yang begitu memerlukan penumpuan khusus untuk diselesaikan.Jadi ini sedikit sebanyak menganggu pengurusan masa,rutin kendiri dan ibadah yang telah direncanakan.

Makanya, perlu diperkuatkan semula mujahadah untuk istiqamah dan tidak boleh berlama-lama dalam keadaan ini, supaya tidak akan meracuni hati dan akhirnya menyebabkan ia lesu dan mati.Kerana hati ibarat cermin yang bersih dan bersinar.Hati yang elok akan berupaya memberi ilham kepada manusia lain tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah SWT.

Mujahadah ini terusan disambung dengan puasa dan disiplin istiqamah dalam rutin harian dan ibadah.Sesungguhnya segala-galanya adalah ibadah keranaNya dan kepadaNya.

5 comments:

Maryam Mar said...

salam mujahadah buat akak tersyg..:)

Izzah said...

salam mujahadah juga untukmu :)..maryam rosmin yang mana satu ni ya?

Maryam Mar said...

maryam ex-ums..stdnt nursing dulu..

Izzah said...

subhanallah... =) bertemu di alam maya..teruskan menulis blog k..nnt akak masukkan dalam list medan sahabat..

Maryam Mar said...

hehe..insyaAllah kak..
suka baca cerita2 yg akan karang..blh la ni akak terbitkn buku nnti..:)