Di saat hati dan tangan bersatu ilmu Ilahi mencurah dari qalbu Biarkan ia bersatu hanya Kerana Nya yang Satu...
Saturday, November 13, 2010
Puisi : Dalam hati ada taman...
Dalam hati
ada taman
semaian ketabahan
Hajar dari Safa ke Marwa
Dalam hati
ada taman
kesempurnaan kasih
Ibrahim kepada Hajar
Dalam hati
ada taman
hembusan bait
maghfirah Tuhan
Dalam hati
ada taman
kejernihan cinta
Ibrahim pada Tuhannya
Dalam hati
ada taman
sehijau kasturi
hembusan syahdu
dari Ilahi
Dalam hati
ada taman
takjub pada kesungguhan
Ismail pada abinya
Sungguh!
Dalam hati
ada taman
cita impian
menjadi sekukuh
Hajar setaatnya
kepada Allah dan Nabinya
seteguh cinta insani
landasan ad-din
ke sisi
Pemilik hati
(Renungan Ibrah Eidul Adha, 07 Zulhijjah 1431 H at " Centre of Knowledge")
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum...
Ya, salam hati ada taman yang dipenuhi dengan cahaya islam..
...nur islam in our heart..syukran..
Post a Comment