Saturday, January 1, 2011

5 R ?




Tirai lama telah dilabuhkan. Kini tirai baru pula dibuka. Umpama menutup buku lama dan membuka lembaran baharu. Kenapa saya tidak mengatakan buku baru? Namun, sebaliknya lembaran baharu? Hal ini kerana hidup kita sememangnya begitu. Sebetulnya kita hanya mempunyai sebuah buku, iaitu, buka yang dibuka sebermulanya nafas kita di dunia ini.

Buku yang tidak akan tertutup hinggalah hembusan nafas yang terakhir. Sebuah buku usang yang akan menjadi penentu kehidupan kita di akhirat kelak. Buku amalan yang di catit oleh pesuruh Allah SWT iaitu Malaikat Raqib a.s dan Malaikat 'Atid a.s. Pedamping setia manusia yang disedari serta tidak disedari kehadirannya. Kadang-kadang lupa-lupa ingat tentang mereka, dek kerana nafsu menguasai hati iaitu akal sebenar manusia, seperti yang dikatakan oleh sesetengah ulamak.

Ya, buku itu. Hari ke sehari lampirannya kian bertambah. Tetapi, pernahkah kita menyoal diri kita seberapa banyak lembaran kebaikan dan keburukan yang telah tercatat? Dan bagaimana pula kita melihat ia sebagai suatu insight view? Melihat ia dengan pandangan mata hati. Menyesali dosa yang dilakukan. Membenci pada kejahilan yang bertapak di dalam jiwa. Itulah kesan mata hati.

Menyedari kejahilan dan segera mengubahnya dengan ilmu. Jahil itu gelap dan ilmu itu cahaya.Pemandangan yang gelap akan menjadi terang dengan disuluhi cahaya. Analoginya, adalah sukar untuk berbuat seseuatu apabila berada dalam kegelapan, bukan? Pasti tindakan kita carca merba kerana tiada panduan, disebabkan mata yang kabur melihat. Serta mudah melanggar barang sana sini. Namun setelah datangnya cahaya, maka pergerakan kita menjadi teratur kerana mata jelas memerhatikan kedudukan setiap apa yang ada disekeliling. Benarkan?

Berbalik kepada catatan amalan kita. Dosa boleh dihapuskan dengan peningkatan atau pertambahan pahala. Mereka yang berusaha melakukan kebajikan yang membuahkan pahala akan sedikit demi sedikit meninggalkan dosa. Cuma, bagaimana caranya?

Seperti firman Allah SWT, ayat 70 surah al-Furqan,yang bermaksud "kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Oleh itu, 5R sebagai pembuka minda tahun baru masihi ini. Retrospection-Rearrange-Renew-Restoration-Revive.Retrospection iaitu melihat semula terutamanya apa yang telah berlalu. Selusuri semula segala kesilapan, kesalahan, kejahilan, kesedihan, kegembiraan, kebaikan, dan keceriaan yang telah berlaku. Bukan mengingati untuk ditangisi atau sekadar menyedapkan hati. Tapi sebagai muhasabah diri. Jika perlu, tulis, supaya ia lebih jelas dilihat. Kemudian, rearrange ke dalam bentuk perkara yang manakah perlu ditinggalkan dan dikekalkan.

Seterusnya renew semula niat supaya memandu perbuatan kearah Tuhan. Selitkan jua himmah dan keazaman yang tinggi untuk terus komited dengan restoration (pemulihan). Pemulihan diri dalam menjadi muslim kepada mukmin dan muslimah kepada mukminah. Iaitu perubahan daripada orang Islam kepada orang yang beriman.Pastinya dengan ilmu dan amal. Ilmu dipelajari untuk menyempurnakan keimanan kepada Allah yang di realitikan dengan perbuatan.

Istiqamah dengan amal-amal kebaikan untuk bekalan di akhirat dan dalam memperbaiki kerosakan pada ummah. Setelah itu, revive its in you. Menghidupkan kembali biah solehah dalam diri dan masyarakat dengan menjadi the genuine islamic revivalist. Memulih dan membangkitkan ummah sebagai catatan lembaran baru.Itulah misi kita!

No comments: