Di saat hati dan tangan bersatu ilmu Ilahi mencurah dari qalbu Biarkan ia bersatu hanya Kerana Nya yang Satu...
Tuesday, September 7, 2010
Berkesempatan kah aku?
Sahabatku bertanya,
Malam ini malam ganjilkah?
Hari ganjil ramadhan
dalam menjejak lailatulqadar....
Ah.
Bagiku itu tidak penting.
Aku tidak membilang waktu
Malah aku langsung tidak mahu mengetahuinya
Yang ku rasakan aku mesti lakukan
Tanpa henti
Aku tidak kisah apa pun
asalkan aku berpeluang bersamaNya
Langsung tidak hirau
aku berada di penghujung waktu
Cuma yang bergetar di hati
Berkesempatan kah lagi aku bertemu dengan RamadhanMu kelak?
dan bersarang dijiwa
Tekad istiqamah, aku perlu teruskan..
Aku hanya tahu,
kesedihanku kepada peluangku bersama Tuhanku
Aku tahu
Bahagianya aku tatkala di akhir waktu ini
dan aku tahu sekarang
segalanya yang ku lakukan adalah ibadah padaMu
sekarang ini, selepas ini mahupun seterusnya.
Hikmah cintaMU yang sukar aku ungkaikan
sukar untuk ku susun ia menjadi ayat dan perkataan
mungkin subjektif dan objektif bagi kamu
Tidak peduli lah apa istilahnya dan dimanakah waktuku berada
Yang ku tahu
Sapaan Mu Ilahi yang tetap
terus ku jejaki...
dengan persoalan yang sering mengekori
berkesempatan kah aku?
Labels:
Tarbiyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
::ssghnya hny Allah yg mgetahui hakikat lailatulqadr::
~moga dirimu trus tsabat...doakan adikmu jg~ :)
salam jenguk jarang2...
iya...mende ni la kadang2 agak sedih
ramai orang kecoh soal malam tu je, jadikan malam itu sebagai motivasi, dan apabila berakhir ramadhan, semua seolah-olah lupa sudah tanggungjawab sebenar sebagai seorang hamba...
bukan nak cakap berapi, kerana diri pun tak berapi mana..cuma terkilan, sampai bilakah paradigma camni akan berubah?
bulan ramadhan je insaf, 10 malam terakhir je fokus, kemudian sambut raya seperti jebon keluar kandang, dan harungi 11 bulan berikutnya dengan maksiat penuh di dada..
sedih..pilu..kecewa..
tapi siapalah diri ni, kerana diri pun insan hina dan daif..
sori nyibuk kejap..
wassalam..
Post a Comment