Di saat hati dan tangan bersatu ilmu Ilahi mencurah dari qalbu Biarkan ia bersatu hanya Kerana Nya yang Satu...
Monday, April 19, 2010
Puisi Satu
Andai syurga itu bisa disentuh,
telah lama aku bawakan ia kepadamu,
sama-sama kita telusuri janji Ilahi,
Andai panas neraka itu,
bisaku tunjukkan kepadamu,
sudah lama akan ku genggam,
erat tanganmu,
dan, kita lari bersama menjauhinya.
Namun,
Aku tidak mampu menerangkan nya kepadamu,
yang tidak mampu menyusun kata-kataku
kepadamu,
serta tidak mampu menjadi sang pendongeng
yang bisa mengaburi mata pendengar setia.
Kerana,
itulah lumrah hamba
sebagai pemujaNya
tiada upaya menjangkui
ma'rifat Tuhannya.
Tiada apa yang dapat ku janjikan,
dalam laluan ini
Cuma,
Ku yakin akan kebenaran,
kebenaran hati yang tertanam disanubari,
selama bernafas didunia
bagi memenuhi tuntutan khalifah.
Dan
itulah hujahku yang terkuat untukmu.
Hujah aqidah dalam perjuangan,
Aqidah islamiyyah yang mencetuskan
perbendaharaan hati.
dan dijelmakan ke dalam tindakannya.
keyakinan yang terukir, dan,
tersirat didalam jiwa.
Malah mencorak bukti-bukti amal,
Penghayatan kepada keimanan.
Labels:
Tarbiyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment