Wednesday, December 30, 2009

Tips


Buku ini antara buku kecil yang menarik untuk dibeli..Ana beli buku ni semasa WEHDAH di USIM baru-baru ni. Buku ini dihasilkan oleh penulis, Dr Imad Ali Abdus Sami Husin, Jurusan Dakwah dan Thsaqofah Islamiyah Universiti Al-Azhar...Uniknya buku ni, pertama sebab ia sudah dicetak sebanyak 17 keluaran iaitu bermula dari tahun 2006 lagi. Keunikan yang kedua pula, ia diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Aduh, enggak apa, suda bisa omong indon kok...

Alhamdulillah, oleh kerana masih dalam kelompok melayu serumpun, penyampaian pengisian di dalam buku ini masih dapat difahami dengan baik..Namun, apa yang hendak ditekankan disini, ialah perkara yang menyumbang kepada kemunculan buku ni.. Secara nyatanya, ia adalah kerana kekecewaan penulis kepada pemuda yang kini sudah jarang memenuhi masjid dan surau untuk solat berjamaah Subuh dan Isya'.Ia adalah kenyataan kritikal yang kian dilupakan akibat hambatan masa yang mengejar pemuda-pemudi kini. Malahan buku ini ditulis dengan gaya berbicara dengan pembacanya, supaya dapat menyeru pemuda (khususnya untuk akhi muslim) untuk menumbuhkan rasa optimis untuk istiqamah melakukan ketaatan dalam melaksanakan solat subuh berjamaah.Allah SWT dalam firmanNya,
"Dan (dirikanlah pula solat)Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat )) (Al-Isra' 17:78)

Malah Rasullullah SAW juga pernah bersabda,
"Berilah kabar gembira bagi orang-orang yang berjalan dikegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya yang sempurna pada hari kiamat," Riwayat Abu Daud (561)dan Tarmidzi (223)

Antara isi kandungan buku ini ialah kelebihan solat subuh, tips untuk memelihara solat subuh secara konsisten, hukum-hukum penting yang berkait rapat dengan solat subuh dan satu bahagian persoalan yang bertajuk, "wanita salaf tekun melaksanakan solat subuh,dimanakah kaum lelaki kita?".

Bahkan kajian serta komentar yang terdapat dalam buku ini tidak perlulah dipersoal kerana ia telah dilengkapi dalil-dalil tepat beserta hujah dan sumber yang diyakini sah.Walaubagaimanapun, kehadiran buku ini hanyalah semata-mata untuk menyedarkan kita, tentang penyakit umat akhir zaman, yang semakin meninggalkan solat berjamaah khasnya pada solat subuh dan isya'.Sedangkan solat itu adalah pengukur kepada amal perbuatan kita, jika ia baik maka semua amalan seorang hamba akan baik pula. Sebaliknya, jika solatnya rosak, seluruh amalan perbuatan juga akan rosak. Bahkan Nabi Muhammad juga menghukumi dimana baginda bersabda,
" Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya' dan Subuh."
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Musnad (II/424), di sahihkan oleh Al-Albani dalam Shohihu I-Jami' no 133)

Malahan solat berjamaah dapat mengukuhkan kekuatan masyarakat islam yang sebenarnya amat ditakuti oleh musuh-musuh islam. Oleh itu, marilah sama-sama kembali mengimarahkan surau-surau dan masjid yang sedia ada kerana disitulah akan lahirnya ummah yang berkualiti.. Untuk menjadi ummah berkualiti yang konsisten menjaga solat subuhnya, maka cubalah tips-tips ini.
1. Tidur lebih awal
2. Niat yang tulus serta tekad yang kuat sebelum tidur
3. Bersungguh-sungguh membaca dzikir serta mengambil wuduk sebelum tidur
4. Berzikir selepas bangun daripada tidur
5. Meminta bantuan ahli keluarga atau rakan sebilik untuk mengejutkan
daripada tidur
6. Menggunakan alat yang boleh membangunkan seperti jam loceng
7. Tidak terlalu banyak makan sebelum tidur
8. Tidur Qoilulah di siang hari
9. Memercikkan air ke wajah orang yang tidur
10. Menyalakan lampu bilik untuk membangunkan
11. Tekad kuat untuk bangun
12. Mempratikkan sunnah berbaring iaitu berbaring di atas tubuh sebelah
kanan
13. Membantu diri denga membuat ketaatan kepada Allah SWT di siang hari.

No comments: